LANGKAWI, 5 Julai - Majlis Terima Tugas Pengarah Maritim Negeri, Maritim Negeri Kedah dan Perlis (MNKP) telah dilaksanakan dengan jayanya pada 3 Julai lalu. Jawatan Pengarah Maritim Negeri, MNKP sebelum ini yang disandang oleh Laksamana Muda Maritim Dato’ Wan Mohd Affandi bin Wan Ahmad yang bersara wajib pada 11 Jun 2020 telah diisi oleh Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah berkuatkuasa pada 29 Julai 2020.
Majlis ini telah disaksikan oleh Yang Berbahagia Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som, Ketua Pengarah Maritim Malaysia di Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis. Yang berbahagia Dato' Ketua Pengarah berbesar hati menyampaikan amanat kepada seluruh warga MNKP supaya terus memberi komitmen penuh dan mengekalkan tahap integriti dan disiplin sepanjang melaksanakan tugas di lapangan khususnya dalam Operasi Benteng Laut.
LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN
DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN
MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL
BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .
34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG
DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA
PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI TERENGGANU KE ATAS EXCO TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 20 Mac – Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas EXCO Pertanian,Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, YB Dr. Azman Ibrahim di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai isu-isu semasa berkaitan pencerobohan bot nelayan asing di perairan negara, isu berkaitan bot-bot nelayan tempatan, pengoperasian dan penguatkuasaan serta hal-hal berkaitan.