19
Jum, Apr

Grid List

KAPAL MT LAYAR ANGGUN 8 TERBAKAR DALAM PERAIRAN MALAYSIA

KETUA PENGARAH KEENAM MARITIM MALAYSIA BERSARA WAJIB

KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG

GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA

27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT BERSAMA MUATAN 500 LITER PETROL TANPA PERMIT

JEMPUTAN ZON MARITIM TAWAU KE PERHIMPUNAN BULANAN ESSCOM TAHUN 2020

TAWAU, 11 FEBRUARI – Zon Maritim Tawau telah menerima satu jemputan ke perhimpunan bulanan anjuran Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Siri 1/2020 bertempat di Dewan Serbaguna Pasukan Polis Marin, Lahad Datu baru- baru ini.

Dalam Perhimpunan bulanan berkenaan, seramai 240 pegawai dan anggota ESSCOM termasuk anggota daripada agensi penguatkuasa lain di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) hadir menerima sijil penghargaan masing-masing yang disempurnakan oleh Komander Esscom, YDH Datuk Hazani bin Ghazali. Seramai 26 penerima Sijil Penghargaan terdiri daripada 3 pegawai dan 23 pegawai LLP dari unit kapal, bot dan pejabat Zon Maritim Tawau hadir yang diketuai oleh Pegawai Memerintah KM Balung, Leftenan Komander Maritim Nik Izwan Farid Bin Md Daud.

Sijil penghargaan ini diberikan bagi mengiktiraf dan menghargai sokongan dan kerjasama padu yang diberikan oleh agensi berkenaan dalam membantu ESSCOM melaksanakan operasi-operasi keselamatan di ESSZONE dengan jayanya.

WhatsApp Image 2020 02 11 at 11.13.02   WhatsApp Image 2020 02 11 at 11.13.03
     
     
Grid List

LAWATAN KERJA PENGARAH KANAN BAHAGIAN KESELAMATAN PETRONAS KE IBU PEJABAT MARITIM NEGERI SARAWAK

KUCHING, 19 APRIL – Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak menerima lawatan kerja rasmi daripada Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Sivashakaran Nair Sankunny, semalam.

Ketibaan delegasi ke Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) disambut oleh Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Bin Jusoh diiringi Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sarawak, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa.

Tujuan lawatan kerja ini adalah bagi mewujudkan kerjasama serta hubungan baik di antara kedua-dua pihak di samping menjadi platform pertemuan empat mata bagi membincangkan perkembangan semasa mengenai isu-isu maritim.

Diharapkan dengan lawatan kerja yang dilakukan ini dapat meningkatkan lagi kerjasama yang sedia terjalin di antara kedua-dua pihak selain menjadi interprentasi bahawa Maritim Malaysia sangat komited dalam menjaga kedaulatan perairan negara daripada ancaman luar bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

 

WhatsApp Image 2024 04 18 at 6.32.07 PM
 
WhatsApp Image 2024 04 18 at 6.32.06 PM
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC