25
Kha, Apr

Grid List

LAGI 50 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KERIAN

35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG

DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN

ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN

OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN

MARITIM NEGERI PERAK TERUS MERAMPAS BUBU NAGA DI PULAU TALANG

BOT NELAYAN ‘TARIK TEPI’ DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PAHANG | DUA PEMILIK BOT NELAYAN DIJATUHKAN HUKUMAN DENDA

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH ZON MARITIM KE ATAS KETUA POLIS DAERAH TAWAU

TAWAU, 6 DISEMBER – Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam, Pengarah Zon Maritim Tawau bersama Komander Maritim Mohd Yusri bin Hussin, Timbalan Pengarah Operasi telah mengadakan kunjungan hormat ke atas ACP Peter Ak Umbuas selaku Ketua Polis Daerah di Ibu pejabat Polis Daerah Tawau (IPD) baru - baru ini.

Kunjungan ini merupakan julung kalinya diadakan oleh Zon Maritim Tawau ke atas Ketua Polis Daerah Tawau. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memperkukuhkan kerjasama sedia ada yang terjalin disamping menggalakkan interaksi dipelbagai peringkat dalam agensi serta membincangkan dan berkongsi pendapat terutamanya berkenaan isu- isu berkaitan pelanggaran undang- undang di daerah Tawau khususnya di peringkat komuniti maritim.

FOTO3 FOTO1
FOTO4 FOTO2

Sumber / Foto : Staf Unit Perhubungan Awam Zon Maritim Tawau

Grid List

KUNJUNGAN HORMAT SUHAKAM KE IBU PEJABAT MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS

LANGKAWI, 24 APRIL – Maritim Negeri Kedah dan Perlis menerima kunjungan hormat dari delegasi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang diketuai oleh Datuk Mariati Robert, Professor Dato’ Noor Aziah binti Mohd Awai, pegawai SUHAKAM serta wakil daripada Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).

Delegasi telah disambut Pengarah Maritin Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa bersama Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Kapten Maritim Mohammad Nasir Man serta Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak dan Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Kuala Perlis, Leftenan Maritim Fazmin Shah Md Rafee Shah.

Lawatan kerja ini adalah bertujuan bagi membincangkan isu kemasukan pelarian dan migran tanpa dokumen yang masuk ke negara ini menerusi perairan Langkawi.

Selain itu, sesi pemantauan SUHAKAM terutamanya di Langkawi turut dilakukan untuk melihat penguatkuasaan Agensi terhadap aktiviti pemerdagangan dan penyeludupan pelarian serta migran tanpa dokumen yang berlaku di perairan Langkawi.

 

SUHAKAM KEDAH 3
 
SUHAKAM KEDAH
 
SUHAKAM KEDAH 4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC