TAWAU, 16 DISEMBER – Zon Maritim Tawau telah melaksanakan kunjungan hormat ke pejabat Konsulat Republik Indonesia, di Tawau, hari ini.
Ketibaan Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam disambut baik oleh Konsulat Sulistijo Djati Ismojo selaku pengarah Konsulat Republik Indonesia di Tawau.
Turut hadir sama iaitu Leftenan Komander Maritim Nik Mohd Izwan Farid bin Md Daud, Pegawai Memerintah Kapal Maritim Balung.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk membincangkan dan berkongsi pendapat terutamanya berkenaan isu- isu berkaitan dengan pelanggaran undang- undang khususnya di perbatasan perairan Malaysia - Indonesia disamping memperkukuhkan kerjasama sedia ada agar terus terjalin.
Pengarah Zon Maritim turut menyampaikan apresiasi kepada Konsul R.I di atas kesudian menerima kunjungan hormat tersebut buat julung kalinya pada tahun 2019.
Sumber/ Foto : Staf Unit Perhubungan Awam Zon Maritim Tawau
20 NELAYAN WARGA ASING DITAHAN MARITIM MALAYSIA .
KAPAL MT LAYAR ANGGUN 8 TERBAKAR DALAM PERAIRAN MALAYSIA
KETUA PENGARAH KEENAM MARITIM MALAYSIA BERSARA WAJIB
KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN
30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG
GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA
27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK
KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI PAHANG KE JABATAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
KUANTAN, 19 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pahang, Puan Jezlily binti Jamaluddin di Pejabat Pengarah KPDN Negeri Pahang, semalam.
Turut mengiringi pengarah dalam kunjungan tersebut Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Komander Maritim Abdul Halim bin Hamzah serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Pahang, Puan Juzilawati binti Kamarudin.
Kunjungan hormat tersebut merupakan platform membincang dan mengeratkan hubungan yang telah terjalin disamping berkongsi ideologi dan strategi antara jabatan ke arah kecemerlangan bersama pada masa akan datang.