KOTA KINABALU, 12 Mei - Maritim Negeri Sabah dan W. P Labuan telah mengadakan Sambutan Riang Raya Aidilfitri pada 12 Mei 2023 di perkarangan Pejabat Maritim Negeri Sabah.Sambutan majlis hari raya tersebut telah dihadiri seramai 420 orang dikalangan kelurga warga Ibu Pejabat MN Sabah termasuk Pengarah- Pengarah Zon Maritim bersama keluarga.YBhg. Laksamana Pertama (M) Datuk Mohd Rosli bin Abdullah turut memberikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir. Suasana majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan warna - warni bunga api yang dijadikan sebagai gimik majlis sambutan tersebut yang disempurnakan YBhg. Datuk PMN.Pihak KESMAR MN Sabah turut bersama menganjurkan majlis hari raya dengan menyumbangkan peruntukan perbelanjaan kepada sembilan buah gerai yang menyediakan juadah raya.
20 NELAYAN WARGA ASING DITAHAN MARITIM MALAYSIA .
KAPAL MT LAYAR ANGGUN 8 TERBAKAR DALAM PERAIRAN MALAYSIA
KETUA PENGARAH KEENAM MARITIM MALAYSIA BERSARA WAJIB
KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN
30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG
GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA
27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN
DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK
KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI PAHANG KE JABATAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
KUANTAN, 19 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pahang, Puan Jezlily binti Jamaluddin di Pejabat Pengarah KPDN Negeri Pahang, semalam.
Turut mengiringi pengarah dalam kunjungan tersebut Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Komander Maritim Abdul Halim bin Hamzah serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Pahang, Puan Juzilawati binti Kamarudin.
Kunjungan hormat tersebut merupakan platform membincang dan mengeratkan hubungan yang telah terjalin disamping berkongsi ideologi dan strategi antara jabatan ke arah kecemerlangan bersama pada masa akan datang.