25
Kha, Apr

Grid List

35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG

DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN

ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN

OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN

MARITIM NEGERI PERAK TERUS MERAMPAS BUBU NAGA DI PULAU TALANG

BOT NELAYAN ‘TARIK TEPI’ DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PAHANG | DUA PEMILIK BOT NELAYAN DIJATUHKAN HUKUMAN DENDA

MARITIM NEGERI PERAK | DUA BOT NELAYAN DITAHAN, GAJIKAN PEKERJA ASING TANPA PERMIT

PERKUKUH HUBUNGAN BAIK DENGAN PEMIMPIN RAKYAT, PERSATUAN NELAYAN DAN KOMUNITI SETEMPAT MENERUSI KUNJUNGAN HORMAT

BINTULU, 11 Mei – Kunjungan hormat ke atas YB Royston Bin Valentine, ADUN N57 dan YB Abdul Yakub Bin Haji Arbi, ADUN N58 Balingian bersama dengan Pengerusi Persatuan Nelayan Mukah/Oya iaitu En Ali bin Hamid telah diadakan di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat  N57 Tellian dan N58 Balingian, Mukah pada 9 Mei yang lalu.

Kunjungan ini diketuai oleh Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad yang turut diiirngi oleh Timbalan Pengarah Zon (Operasi), Leftenan Komander Mohamad Raimi bin Mohamad Nor, Timbalan Pengarah Zon (Siasatan), Leftenan Madya Maritim Aziz bin Mohd Hamdi dan Pegawai Operasi, Leftenan Madya Maritim Muhamad Syafeeq bin Min Had.

Kunjungan ini adalah bertujuan menjalin hubungan baik bersama wakil-wakil rakyat dikawasan terbabit dalam masa yang sama memperkukuhkan lagi hubungan bersama komuniti nelayan di kawasan Mukah.

Dalam masa yang sama, Pengarah Zon Maritim Bintulu juga menyampaikan pesanan kepada Pengerusi Persatuan agar menjadi mata dan telinga kepada Maritim Malaysia serta mengalu-alukan sebarang maklumat dan aduan dalam mencegah berlakunya kesalahan jenayah di laut dan berharap kepada komuniti nelayan Mukah supaya mematuhi segala peraturan dan undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut.

Selain daripada itu, Pengerusi Nelayan Mukah juga telah menerangkan keunikan nelayan Mukah kerana, teknik atau kaedah yang digunakan untuk menangkap ikan tidak terdapat di mana-mana kawasan lain. Disebabkan itu, nelayan Mukah dikenali sebagai nelayan Panau dimana kru perlu menyelam bersama dengan pukat bagi menangkap ikan.

 

WhatsApp Image 2023 05 12 at 11.23.00 AM   WhatsApp Image 2023 05 12 at 11.23.00 AM 1
     
WhatsApp Image 2023 05 12 at 11.23.01 AM   WhatsApp Image 2023 05 12 at 11.23.01 AM 1
Grid List

KUNJUNGAN HORMAT COUNSELLOR OF THE AUSTRALIA BORDER FORCE KE IBU PEJABAT MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 24 APRIL – Counsellor of Australia Border Force (ABF) Australia High Commission, Superintendent Brooke Leung telah membuat kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya pada jam 2.30 petang tadi.

Delegasi ABF telah disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Menanggung Tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim di pejabatnya sambil diiringi Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa (BPSA), Kepten Maritim Mohd Shah Rulashari bin Ahmad Omar.

Kunjungan ini adalah bertujuan bagi memelihara hubungan baik dan menjalinkan kerjasama berterusan bagi kedua-dua pihak dalam membanteras jenayah rentas sempadan maritim selain menjadi platform untuk bertukar-tukar pandangan terutamanya dalam aspek penguatkuasaan undang-undang di laut.

 

WhatsApp Image 2024 04 24 at 4.09.11 PM 2   WhatsApp Image 2024 04 24 at 4.09.11 PM 3   WhatsApp Image 2024 04 24 at 4.09.12 PM 7
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC