SIARAN MEDIA
MARITIM SELANGOR TAHAN KAPAL TUNDA, BERLABUH TUNGGU TANPA KEBENARAN
PELABUHAN KLANG, 4 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor telah menahan sebuah kapal tunda yang berlabuh tunggu tanpa kebenaran di kedudukan kira-kira 2.3 batu nautika barat daya Tanjung Tongkah, Selangor semalam.