SIARAN MEDIA
MARITIM NEGERI PAHANG PATAHKAN CUBAAN EDAR DADAH BERNILAI RM160 RIBU
KUANTAN, 21 Jan - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang telah berjaya menggagalkan cubaan mengedarkan dan merampas dadah dipercayai jenis Methamphetamine beranggaran lebih kurang RM160,000 dalam satu operasi khas di sekitar perairan Teluk Gading Endau, pada jam 11.30 malam tadi.