SIARAN MEDIA
OP CARILAMAT: BOT DIPERCAYAI KARAM DUA SELAMAT, SEMBILAN MASIH HILANG
BINTULU, 22 September– Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuching telah mengaktifkan Operasi CARILAMAT pada jam 9.00 malam semalam berikutan sebuah bot yang membawa 11 penumpang termasuk tekong dan pemancing telah karam di perairan Mukah pada 20 September jam lebih kurang 8.30 malam di kedudukan lebih kurang 34 batu nautika dari Barat Laut Mukah.