window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'UA-176562899-1'); MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH ZON MARITIM TANJUNG SEDILI DAN PENGARAH ZON MARITIM BATU PAHAT
05
Jum, Dis

Grid List

EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA

OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK

MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN

OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK

MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN

MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM

DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH ZON MARITIM TANJUNG SEDILI DAN PENGARAH ZON MARITIM BATU PAHAT

JOHOR BAHRU, 28 NOVEMBER  – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah telah menghadiri dan menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Zon Maritim Batu Pahat dan Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili di Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor, di sini, pagi tadi.

Beliau telah menyaksikan sendiri Majlis Serah Terima Tugas antara Komander Maritim Mohd Najib bin Sam yang memangku tugas Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili kepada Kepten Maritim Mohammad bin Othman yang akan menjalankan tugas sebagai Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili.

Bagi Zon Maritim Batu Pahat pula, Komander Maritim Mohd Haniff bin Mohd Yunus telah menyerahkan tugas kepada Komander Maritim Mohammad Zaini bin Zainal selaku Pengarah Zon Maritim Batu Pahat yang baharu.

Datuk Haji Mohd Rosli juga berkesempatan untuk berucap dan bertemu warga Maritim Negeri Johor sempena lawatan pertama beliau ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor sejak memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah.

Dalam ucapannya, beliau telah menekankan mengenai Teras Tujuh yang menjadi amanatnya dan berharap semua warga Maritim Negeri Johor meneruskan pencapaian terbaik bagi menaikkan nama Maritim Malaysia.

Kehadiran Ketua Pengarah Maritim Malaysia telah disambut meriah oleh Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor, Kepten Kama Azri bin Kamil bersama-sama pegawai dan warga Maritim Negeri Johor.

 

TOK LI SERAH 2
 
TOK LI SERAH 3
 
TOK LI SERAH 4
 
TOK LI SERAH 6
Grid List

PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.

Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.

Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.

Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.

Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.

Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

 

BODY CAM TRG5
 
BODY CAM TRG3
 
BODY CAM TRG
 
BODY CAM TRG4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC