window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'UA-176562899-1'); HACGAM KE-20 | MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KERJASAMA SERANTAU
05
Jum, Dis

Grid List

EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA

OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK

MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN

OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK

MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN

MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM

DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU

HACGAM KE-20 | MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KERJASAMA SERANTAU

INCHEON, 6 SEPTEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mengambil bahagian dalam Mesyuarat Peringkat Tertinggi Ketua-Ketua Agensi Pengawal Pantai (Coast Guard) Asia (HACGAM) ke-20 di Incheon, Korea Selatan pada 3 hingga 5 September 2024.

Bertemakan "Gardening Our Seas, Securing Our Tomorrow", persidangan yang dianjurkan oleh Korea Coast Guard ini telah dihadiri oleh 20 buah negara termasuk Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam, Filipina, Jepun, China, India, Pakistan, Bangladesh, Australia dan Turkiye.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim berkata, penyertaan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Maritim Malaysia untuk memperkukuh kerjasama serantau dalam menangani isu-isu keselamatan maritim yang semakin kompleks di rantau Asia.

Beliau turut menjelaskan, kepentingan kerjasama serantau dalam menangani ancaman jenayah maritim rentas sempadan yang semakin canggih perlu melalui kerjasama erat dan perkongsian maklumat yang efektif negara-negara di rantau ini agar keselamatan maritim sentiasa terpelihara.

Beliau berkata demikian selepas hadir ke Mesyuarat Peringkat Tertinggi HACGAM ke-20 di sini hari ini.

Datuk Saiful turut memaklumkan, antara isu utama yang dibincangkan pada mesyuarat berkenaan adalah usaha membanteras jenayah maritim seperti pencerobohan bot nelayan asing di bawah lllegal Unreported and Unregulated (IUU) Fishing, penyeludupan dan pengedaran dadah, pemerdagangan manusia serta penyeludupan migran.

Jelas beliau lagi, menerusi persidangan tersebut, terdapat lima teras menjadi fokus persidangan dan Maritim Malaysia terlibat secara langsung menerusi dua teras iaitu Mencari dan Menyelamat Maritim (MSAR) serta Pencegahan dan Kawalan Pelanggaran Undang-Undang Serta Akta Di Laut yang mempunyai cabaran kompleks dalam menanganinya.

"Rantau Asia yang luas ini berdepan dengan pelbagai cabaran maritim termasuk jenayah rentas sempadan, penyeludupan, dan ancaman terhadap keselamatan perairan. Penyertaan Maritim Malaysia dalam HACGAM adalah bukti komitmen Malaysia untuk terus bekerjasama dengan negara-negara serantau bagi memastikan keselamatan dan kelestarian maritim sentiasa terpelihara," kata beliau.

Selain perbincangan formal, mesyuarat juga menyediakan platform kepada Maritim Malaysia bertukar-tukar pandangan dan pengalaman dengan agensi pengawal pantai lain dalam meningkatkan keberkesanan operasi penguatkuasaan maritim. Ini termasuklah penerapan teknologi baharu dan strategi yang lebih inovatif dalam memantau serta melindungi perairan.

Mesyuarat HACGAM kali ini diakhiri dengan beberapa resolusi penting yang akan menjadi panduan kepada negara-negara anggota dalam meningkatkan kerjasama dan keupayaan mereka dalam menghadapi cabaran maritim pada masa hadapan. Maritim Malaysia juga menyatakan kesediaan untuk memainkan peranan lebih aktif dalam inisiatif serantau yang akan datang.

Melalui penyertaan ini, Maritim Malaysia terus menunjukkan komitmen padu dalam menjaga keselamatan perairan negara dan serantau serta memperkukuhkan hubungan dengan agensi-agensi pengawal pantai lain dalam mencapai matlamat bersama untuk keamanan maritim yang berterusan.

HACGAM ke-20 turut disertai dua Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Regional Cooperation Agreement on Combating Piracy and Armed Robbery against Ships in Asia (ReCAAP) dan The United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC).

 

HACGAM 20
 
HACGAM 20 2
 
HACGAM 20 5
 
HACGAM 20 4
Grid List

PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.

Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.

Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.

Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.

Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.

Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

 

BODY CAM TRG5
 
BODY CAM TRG3
 
BODY CAM TRG
 
BODY CAM TRG4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC