SIARAN MEDIA
SEBUAH BOT NELAYAN DENGAN 12 AWAK-AWAK VIETNAM DITAHAN APMM
KUDAT, 2 September - Tindakan 12 nelayan warga Vietnam mengaut hasil laut negara menggunakan bot nelayan membawa padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di kedudukan sekitar 27 Batu Nautika Barat Laut dari Tanjung Simpang Mengayau, Kudat di sini, semalam.