SIARAN MEDIA
MARITIM MALAYSIA PATAHKAN CUBAAN BAWA KELUAR PATI DARIPADA MALAYSIA
KOTA TINGGI, 3 Okt 2018 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim (ZM) Tanjung Sedili berjaya menahan lebih kurang 20 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang disyaki cuba keluar dari Malaysia melalui kawasan yang tidak diwartakan dalam operasi bersama Regimen Ke 6 Artileri Diraja yang bertugas di Pos Tg. Sepang pada petang semalam.