20
Sat, Apr

ZON MARITIM KUALA PERLIS MANTAPKAN KESIAPSIAGAAN ANGGOTA KENDALI SENJATA

KUALA PERLIS, 17 Mac - Zon Maritim Kuala Perlis telah menganjurkan Latihan Kemahiran Menembak senjata kecil jenis Glock 19 yang diadakan di Lapang Sasar Kompleks Logistik PDRM Mata Ayer, Arau, Perlis pada jam lebih kurang 8.00 pagi, semalam.

Latihan menembak ini melibatkan seramai 62 orang pegawai termasuk pegawai lain-lain pangkat (LLP) dan pegawai gunasama Zon Maritim Kuala Perlis menyertai program ini.

                                                                              WhatsApp Image 2022 03 17 at 10.20.48 AM

Latihan ini diadakan bertujuan memahirkan anggota dalam mengendalikan senjata api kecil, memberi pendedahan berkenaan tatacara pengendalian senjata dalam situasi sebenar dan meningkatkan tahap kemahiran anggota dalam teknik penembakan dalam acara Precision. Di samping itu, program ini turut memainkan peranan memupuk semangat berpasukan serta mengukuhkan ikatan silaturahim antara satu sama lain.

Latihan menembak dimulakan dengan sesi latihan tembakan Precision pada jarak 15 meter bagi senjata jenis Glock 19 dan diakhiri dengan sesi latihan tembakan Precision pada jarak 20 meter bagi senjata jenis Glock 19. Keseluruhan latihan menembak pada kali ini telah berjalan dengan lancar.

                                                                            WhatsApp Image 2022 03 17 at 10.20.47 AM

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim bin Mat Zain merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberi komitmen yang tinggi serta terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan latihan menembak ini.

                                                                          WhatsApp Image 2022 03 17 at 10.20.46 AM 2

 

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON