KUALA PERLIS, 30 Jun - Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, YBrs. Encik Mohd Yusoff bin Aman telah berkesempatan melakukan lawatan kerja rasmi ke Pejabat Pejabat Zon Maritim Kuala Perlis dan Zon Maritim Kuala Kedah.
Objektif lawatan adalah untuk memberi peluang kepada warga zon maritim bertemu dengan pihak pengurusan tertinggi APMM sebagai satu platform untuk membincangkan permasalahan yang dihadapi bagi menambahbaik perkhidmatan khususnya di sektor pengurusan disamping membuat lawatan untuk meninjau infrastruktur di pejabat zon dan juga jeti pangkalan.