18
Thu, Apr

KUANTAN, 16 April - Maritim Negeri Pahang hulur bantuan kepada 3 kampung penduduk komuniti nelayan yang merupakan Kampung Angkat Maritim Negeri Pahang iaitu Kampung Berserah, Kampung Pantai Sepat dan Kampung Kuala Pahang.

Bantuan disampaikan Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Hamiludin bin Che Awang kepada penduduk kampung. Sumbangan yang diagihkan kepada 100 keluarga komuniti nelayan merangkumi keperluan asas harian iaitu beras, telur, minyak, kopi, gula dan keperluan asas makanan yang lain.

“Program ini dilaksanakan berikutan kesukaran penduduk yang terkesan dan memerlukan bantuan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 yang memasuki fasa ke-3”, kata beliau. 

Menurut wakil penduduk yang juga merupakan Ketua Kampung Pantai Berserah, Ahmad bin Roslan memaklumkan sumbangan seperti ini amat dinantikan oleh komuniti nelayan Pantai Berserah yang terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19 ini.

Manakala seorang lagi wakil penerima yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kuantan, Norehan binti Osman memaklumkan, mereka sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Maritim Negeri Pahang dalam mengurangkan beban dengan menghulurkan bantuan keperluan makanan asas seperti ini.

Menurut Hamiludin lagi, Maritim Malaysia tidak lupa akan nasib komuniti maritim yang kurang keupayaan bagi mendapatkan bekalan dalam tempoh PKP ini. Selain itu sumbangan ini juga sebagai menghargai kerjasama yang telah diberikan oleh komuniti nelayan khususnya penduduk tiga buah Kampung Angkat Maritim Negeri Pahang.

2    3
 4    1

 

SUMBER : PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM MARITIM NEGERI PAHANG

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON