29
Fri, Mar

SAMBUTAN HARI KESEDARAN KESELAMATAN MARITIM 2023 DI SK PULAU SEPANGGAR

KOTA KINABALU, 6 Jun - Program Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) 2023 MN Sabah telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Pulau Sepanggar.
Timbalan Pengarah Operasi Negeri Sabah & W.P Labuan, Kepten  (M) Mahmad Faizal bin Ahmad telah mengetuai program ini bersama 13 pegawai dan anggota MN Sabah. Turut terlibat dalam program ini adalah nakhoda bot yang membawa murid-murid sekolah daripada Kampung Numbak ke Pulau Sepanggar.
 
Tujuan program HKKM ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran tentang keselamatan di laut sempena Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) yang diadakan setiap tahun pada 6 Jun selaras dengan tarikh pengambilalihan tugas Mencari dan Menyelamat Maritim daripada Jabatan Laut Malaysia.
 
SK Pulau Sepanggar dipilih sebagai lokasi program HKKM bagi tahun ini kerana 90% murid-murid dan guru-guru sekolah tersebut menggunakan jalan laut setiap hari untuk ke sekolah. Oleh itu, kesedaran awal dan pendedahan mengenai keselamatan di laut di peringkat sekolah adalah amat penting bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini.
Antara aktiviti yang dilaksanakan sempena program HKKM ini adalah taklimat pengenalan APMM dan keselamatan di laut, penerangan peralatan keselamatan (APAK kecil, pelampung keselamatan, PLB dan jaket keselamatan), pertandingan mewarna dan pertandingan memakai jaket keselamatan terpantas. Seramai 150 orang peserta telah terlibat dalam program ini yang terdiri daripada murid-murid, guru-guru, penduduk Pulau Sepanggar serta nakhoda bot. 
 
Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya serta mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada semua pihak yang terlibat. Pihak sekolah turut merakamkan berterima kasih kepada APMM dan menghargai usaha pegawai dan anggota APMM serta memilih sekolah tersebut untuk menjayakan program HKKM ini.
 
Di akhir program ini, sesi penyampaian hadiah, penyerahan cenderahati kenangan dan sesi bergambar telah dilaksanakan antara pihak sekolah dan MN Sabah.
32d2d7a2451fa41332d2d7a2451fa413WhatsAppImage2023 06 07at14.07.13    b9764795d5746fc1b9764795d5746fc1WhatsAppImage2023 06 07at14.07.0328429    f495c52cd80b3ebaf495c52cd80b3ebaWhatsAppImage2023 06 07at14.07.0328129 
 
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON