28
Thu, Mar

KUNJUNGAN HORMAT JAPAN INTERNATIONAL COOPERATION AGENCY (JICA) KE MARITIM NEGERI PERAK

LUMUT, 7 Disember - Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup telah menerima kunjungan hormat wakil Japan International Cooperation Agency (JICA), Komander Tateshi Ryosuke pada awal pagi tadi.

Kunjungan hormat oleh delegasi itu adalah bertujuan membincangkan hal keselamatan maritim selain menjadi platform kerjasama dari sudut pembangunan dan latihan di antara kedua - dua agensi.

Dalam perkembangan lain, unit Selam Maritim Negeri Perak turut memberikan taklimat mengenai pengoperasian peralatan ketika tugasan selaman dilaksanakan di perairan Negeri Perak selain membincangkan potensi kerjasama dari segi latihan di antara unit selam kedua-dua agensi.

Turut serta dalam sesi perbincangan ini ialah wakil pegawai dari Ibu Pejabat Pasukan Tindakan Khas (PTK) Maritim Malaysia, Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Perak, Komander Maritim Fadzliana Fadzil, Pegawai Memerintah kapal KM Marlin, Leftenan Komander Maritim Mohd Khair bin Baharom, serta Pegawai Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR), Leftenan Komander Maritim Nur Fahada binti Md Yusof.

 

WhatsApp Image 2022 12 07 at 17.05.04  WhatsApp Image 2022 12 07 at 17.05.05    WhatsApp Image 2022 12 07 at 17.05.05 1    WhatsApp Image 2022 12 07 at 17.05.04 1   
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON