PUTRAJAYA, 6 Disember - Satu sesi kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som oleh Rear Admiral Justin Jones, Commander Maritime Border Command and Commander Joint Agency Taskforce Australian Border Force telah berlangsung petang tadi di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya.
Kunjungan bertujuan untuk membincangkan hal hal berkaitan jenayah rentas sempadan maritim selain memperkasakan kerjasama antara dua pihak dalam aspek pembangunan modal insan dan latihan.