19
Fri, Apr

PROGRAM INISIATIF SARINGAN KESIHATAN KEBANGSAAN (NHSI) ANJURAN PEJABAT KESIHATAN DAERAH MANJUNG

LUMUT, 17 November – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak telah mengadakan program saringan kesihatan anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Manjung Perak, di pejabatnya semalam.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup berkata, program ini dibuka kepada semua peringkat umur untuk pegawai, anggota dan kakitangan Maritim Malaysia menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma.  
Inisiatif ini memberi peluang  bagi menggalakkan kakitangan awam sentiasa menjaga tahap kesihatan, memberi pendedahan dan pengetahuan terhadap pencegahan penyakit di peringkat awal.
Tambah beliau, saringan kesihatan adalah penting memandangkan negara masih dalam fasa peralihan endemik Covid-19 dan sejak kebelakangan ini cuaca yang tidak menentu dan risiko untuk mendapat pelbagai penyakit.
Oleh itu, pembudayaan amalan gaya hidup sihat dengan menjalani saringan kesihatan secara rutin agar kekal sihat dan produktif adalah wajar dilakukan di peringkat agensi kerajaan amnya.
WhatsApp Image 2022 11 17 at 12.19.33    WhatsApp Image 2022 11 17 at 12.19.33 1   WhatsApp Image 2022 11 17 at 12.19.33 2   
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON