PUTRAJAYA, 8 November - Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, YBhg. Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke atas Kepala Badan Keamanan Laut Republik Indonesia (BAKAMLA), Laksamana Madya Tentara Nasional Indonesia, Dr. Aan Kurnia sempena 9th Indo Defence 2022 Expo & Forum di JIEXPO Kemayoran, Jakarta pada 2 November lalu.
Kunjungan hormat tersebut diadakan bertujuan bagi mengeratkan lagi jalinan kerjasama antara BAKAMLA dan Maritim Malaysia.
Terdahulu, wakil pengurusan tertinggi telah dijemput bagi menghadiri The 9th Indo Defence 2022 Expo & Forum yang diadakan pada 2 hingga 5 November lalu, atas jemputan oleh Kepala BAKAMLA, disamping mengeratkan jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak.
Delegasi Maritim Malaysia juga berkesempatan mengunjungi beberapa tapak pameran kapal, senjata dan peralatan lain dari Malaysia dan negara-negara luar.
Turut serta dalam kunjungan ini adalah Pengarah Maritim Negeri Sabah, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli bin Abdullah.