SIARAN MEDIA
STATUS SEMASA PEMBINAAN OFFSHORE PATROL VESSEL (OPV) AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA
(MARITIM MALAYSIA)
PUTRAJAYA, 13 September - Tiga buah Kapal Peronda Luar Persisir (OPV) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang sepatutnya diterima pada 2020 masih sedang dalam pembinaan oleh syarikat tempatan iaitu THHE Destini Sdn. Bhd. yang terletak di Pulau Indah.