KELANTAN, 22 Ogos, Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacop telah melakukan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kelantan baru-baru ini. lawatan kali ini adalah bagi mengukuhkan hubungan kerjasama antara Maritim Negeri Kelantan dan Ibu Pejabat Polis Kelantan.
Selain perkongsian kepakaran antara kedua-dua pihak, maritim Negeri Kelantan turut berkongsi pengalaman tangkapan Bot Nelayan Vietnam yang di tahan Bot penyelamat 7 baru baru ini.