Utama INOVASI

 

Inovasi ialah suatu pembaharuan atau perubahan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik dan menyampaikan nilai baharu kepada pelanggan. Dalam konteks sektor awam, sesuatu ciptaan yang memberi manfaat nyata dan nilai tambah kepada keadaan sedia ada boleh dikategorikan sebagai inovasi.

APMM telah melaksanakan pelbagai inisiatif kualiti dan inovasi bagi menambahbaik mutu perkhidmatan serta imej Agensi ini. Selaras dengan itu, dalam usaha memperkukuhkan budaya kualiti dan inovasi di APMM, program kualiti dan inovasi akan diteruskan dengan lebih menyeluruh di dalam Agensi ini.

Objektif program Kualiti dan Inovasi APMM adalah seperti berikut:

  1. Menerapkan usaha dalam mempertingkatkan imej Pejabat APMM melalui program Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dengan penyediaan ruang pejabat yang bertemakan korporat melalui daya kreatif warga APMM;
  2. Memupuk semangat kesepakatan dan berpasukan dalam kalangan warga APMM;
  3. Menggalakkan persaingan sihat di antara warga APMM ke arah penambahbaikan yang berterusan ke atas produk atau perkhidmatan melalui program Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK);
  4. Menyemarakkan budaya kualiti dan inovasi di kalangan warga APMM melalui pertandingan-pertandingan inovasi / Sambutan Hari Inovasi;
  5. Meningkatkan kesedaran pendekatan inovasi dalam organisasi melalui kempen / pameran / ceramah / pertandingan / lawatan;
  6. Mewujudkan organisasi pembelajaran (life long learning) sebagai platform dalam memupuk budaya perkongsian ilmu merentasi bahagian dan organisasi; dan
  7. Mengiktiraf individu atau kumpulan yang berjaya menghasilkan inovasi kepada organisasi.