Keputusan: APMM HQ 4 - 1 MARDI FC
Tahniah diucapkan kepada pemain dan pengurusan pasukan yang terlibat.
Tahniah diucapkan kepada pemain dan pengurusan pasukan yang terlibat.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa bersama ini dikemukakan senarai pasukan boling di Pertandingan Boling Ibu Pejabat APMM 2015 yang akan diadakan pada 7 November 2015 (Sabtu) bertempat di ARL BOWL Alamanda, Putrajaya jam 2.00 petang. Senarai pasukan boling adalah seperti berikut:
Sukacita dimaklumkan bahawa Cawangan Teknologi Maklumat sedang menyediakan Pelan Strategik Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PSTMK) APMM bagi Tahun 2016 hingga 2020. PSTMK ini bertujuan sebagai satu blueprint yang mengandungi garis panduan pelaksanaan projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) selari dengan hala tuju strategik APMM 2040. Ia juga menyokong core business APMM selain menjadi sumber rujukan dalam meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan stakeholder melalui pembudayaan TMK.
Kajian Kepuasan Penggunaan Dan Pelaksanaan Kemudahan ICT Serta Kesediaan Pengurusan Perubahan Pembudayaan ICT APMM akan dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap penggunaan TMK di kalangan warga APMM. Bagi menjayakan kajian ini, pihak kami ingin memohon jasa baik YBhg. Dato’/Tuan/Puan untuk menjawab soal selidik kajian ini sehingga 30 Oktober 2015 melalui pautan http://ict.mmea.gov.my/pstmk.