28
Thu, Mar

OP BENTENG : DUA BOT NELAYAN GUNA PATI, TIADA LESEN DITAHAN

GEORGETOWN, 8 Ogos –  Maritim Negeri Pulau Pinang menahan dua orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dipercayai bekerja di atas bot nelayan tempatan Kelas A pada jam 3 pagi hari ini.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Bin Harun berkata, sebuah bot tempatan kelas A tanpa nombor pendaftaran ditahan di kedudukan 2.2 batu nautika Utara Batu Ferringhi bersama seorang tekong lelaki warganegara tempatan, 24 tahun serta dua lelaki dipercayai etnik Rohingya, 24 dan 38 tahun berada di atas bot tersebut dipercayai melakukan aktiviti menangkap ikan tanpa lesen yang sah dan tinggal  di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah.

Sementara itu, sebuah lagi bot tempatan kelas A turut ditahan kira-kira 0.4 batu nautika Timur Laut Tanjung Tokong. Bot tersebut dikendalikan seorang tekong lelaki warga tempatan, 30 tahun bersama-sama empat awak-awak warga tempatan berumur lingkungan 24 hingga 34 tahun yang didapati  menggunakan peralatan menangkap ikan (pukat lohong) tanpa lesen yang sah.

Kedua-dua bot berkenaan bersama dua tekong dan enam awak-awak, satu pukat hanyut, satu pukat lohong dan anggaran 30kg ikan campur disita dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat MN Pulau Pinang untuk tindakan lanjut,” kata beliau dalam satu kenyataan.

kesemua yang ditahan akan didakwa di bawah Seksyen 8(a) Akta Perikanan 1985,  Seksyen 11(3)(a) Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Jika terdapat sebarang aduan atau kecemasan di laut, orang ramai diminta untuk memberi kerjasama dengan memberi maklumat awam yang lengkap kepada pihak Maritim Malaysia melalui talian 24 Jam iaitu MERS 999 atau terus hubungi Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang, 04-2626146 / 04-264 3650

 WhatsApp Image 2020 08 07 at 4.33.50 PM 1    WhatsApp Image 2020 08 07 at 4.33.49 PM 1
     
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON