19
Fri, Apr

BOT NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN, GUNA KRU ASING DITAHAN MARITIM MALAYSIA

PELABUHAN KLANG, 2 Februari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor telah menahan tiga warga asing kerana bekerja di atas bot nelayan tempatan Kelas B di sekitar perairan Sungai Besar, sekitar jam 10.45 pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Siva Kumar a/l Vengadasalam berkata, bot kelas B itu dikesan oleh KM BAGAN DATUK pada kedudukan 12 batu nautika barat daya Sungai Besar dalam OP EHSAN dan OP MURNI.

Hasil pemeriksaan awal pasukan Maritim Malaysia mendapati, bot itu dikendalikan seorang tekong dan dua kru warga Myanmar berusia antara 22 hingga 39 tahun telah menjalankan aktiviti perikanan selama dua hari.

Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati, kesemua mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, dibayar RM 70 sehari untuk bekerja di bot berkenaan selama sebulan.

Pemilik bot pula didapati menggajikan pekerja asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Turut ditemukan di atas bot ialah kira-kira 200 kilogram ikan campur dan pukat tunda ketika penahanan dibuat.

Kesemua nelayan dan bot dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan warga asing tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/63 kerana bekerja tanpa permit yang sah.

Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran undang-undang di Zon Maritim Malaysia dan akan terus membuat rondaan serta pemantauan di perairan negara.

Sebarang aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah serta kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2023 02 02 at 10.53.07 1 
 
WhatsApp Image 2023 02 02 at 09.43.00
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON