19
Tue, Mar

LAWATAN KERJA RASMI KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM KE IBU PEJABAT MARITIM NEGERI KEDAH & PERLIS

LANGKAWI, 12 Julai - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Yang Berbahagia Datuk Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman hari ini telah melakukan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah & Perlis.

Ketibaan beliau disambut dengan Kawalan Kehormatan Setempat oleh anggota penguat kuasa Maritim Malaysia. Ketibaan beliau turut disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Yang Berbahagia Datuk Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz bersama Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Yang Berbahagia Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som.

Sesi lawatan dimulakan dengan sesi taklimat berkaitan fungsi dan peranan Maritim Malaysia termasuk penglibatan di dalam Op Benteng menerusi pembentukan National Task Force. Taklimat disampaikan sendiri oleh Pengarah Maritim Negeri, Laksamana Pertama Maritim, Mohd Zawawi bin Abdullah dengan disaksikan kesemua barisan delegasi yang hadir.

Sejurus itu, beliau turut dibawa meninjau kesiagaan semasa Agensi dengan melihat lebih dekat pengoperasian Pusat Operasi Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Langkawi yang berpusat di Maritim Negeri Kedah & Perlis sebelum dibawa belayar menaiki KM Nyalau ke sektor pengoperasian laut Op Benteng.

Turut bersama di dalam senarai delegasi lawatan kerja ini ialah Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Indera Khairul Dzaimee bin Daud serta Timbalan Ketua Polis Negeri Kedah, Yang Dihormati DCP Datuk Muhammad Azlee bin Abdullah.

 

WhatsApp Image 2020 08 13 at 1.04.18 PM    WhatsApp Image 2020 08 13 at 1.04.23 PM 
 WhatsApp Image 2020 08 13 at 1.04.22 PM 2   WhatsApp Image 2020 08 13 at 1.04.20 PM 2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON