WARGA MARITIM2 BI  ORANG AWAM2 BI  MEDIA2 BI  DIREKTORI BI  eparticipation   logo carian tp
 

Latest News

SANDAKAN, 10 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Daerah Maritim (DM17) Sandakan  telah menahan sebuah bot nelayan asing yang disyaki telah menceroboh perairan Malaysia  semasa melakukan operasi di perairan Pulau Billean semalam.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Malaysia, Kepten Maritim A. Razak bin Abd Rahman berkata, bot yang bernama FB King & Queen – 4 dan bernombor pendaftaran 04-0002327 telah ditahan oleh sebuah kapal peronda Maritim Malaysia DM17 yang sedang melaksanakan Operasi Pluto Timur 2/2013.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot tersebut, kita telah mendapati bot tersebut telah menceroboh perairan Malaysia dengan tujuan untuk menangkap ikan menggunakan 11 buah pam bot.” katanya di sini.

Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 17 orang awak-awak termasuk tekong di atas bot tersebut yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 46 tahun. Kesemua mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Katanya lagi, bot nelayan tersebut disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985 dan bot telah diiringi masuk ke Sandakan untuk siasatan lanjut.

IMG 1346 IMG 1386

Sumber/Foto : LK I (M) Mohd Dhiyaurrahman bin Shaari

                          Staf Perhubungan Awam Daerah Maritim 17 Sandakan

BATU PAHAT 7 Julai - Anggota Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggagalkan cubaan menyeludup keluar 17 pendatang asing tanpa izin rakyat Indonesia selepas menahan mereka di perairan Parit Jawa, Muar semalam.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Pangkalan Batu Pahat Leftenan Komander Maritim Iskandar Bin Hj Ishak berkata kesemua mereka termasuk seorang tekong dan dua pembantu bot ditahan kira-kira pukul 02.15 pagi hasil dari maklumat dan intipan anggota pangkalan.

Beliau berkata empat anggota APMM menjumpai sebuah bot dalam keadaan mencurigakan dari perairan Parit Jawa menuju ke tengah perairan sempadan Malaysia-Indonesia.

"Anggota APMM itu kemudian menghampiri bot nelayan kelas A itu untuk membuat pemeriksaan.

Beliau berkata pemeriksaan kemudian menemui 15 dewasa lelaki dan perempuan serta 2 kanak-kanak rakyat Indonesia, tekong berserta dua pembantunya di dalam bot tersebut. Katanya kesemua mereka yang berumur lingkungan 3 hingga 61 tahun dipercayai dalam perjalanan pulang ke indonesia. Mereka kini ditahan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Pindaan 2010) dan Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155). 

Menurutnya lagi, jika disabitkan kesalahan untuk warga negara indonesia, denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya dan sebat tidak melebihi 6 kali. Bagi tekong, penjara tidak melebihi 5 tahun dan denda tidak melebihi RM250,000.

Pihak Maritim Malaysia akan terus meningkatkan rondaan dikawasan yang dipercayai menjadi tapak pelancaran kegiatan penyeludupan pendatang ini terutamanya sempena perayaan Aildilfitri yang akan tiba tidak lama lagi. Dijangkakan masih ramai lagi yang akan menggunakan laluan tidak sah ini untuk pulang ke Indonesia. Dinasihatkan kepada tekong darat dan tekong laut agar tidak melibatkan diri perkara sedemikian kerana hukuman yang menanti agak berat.

Sehubungan dengan itu, pihak Maritim Malaysia amat mengalukan maklumat awam dapat disalurkan terus melalui nombor telefon 07-4344020 bagi melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini.

 

 

IMG 0264 IMG 0273

 

Sumber/Foto: Staf Perhubungan Awam Batu Pahat

                         LK I Maritim Raziemen

 

 

 

 

 

JOHOR BAHRU, 9 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(Maritim Malaysia) Wilayah Selatan telah menahan sebuah kapal dagang, Mt Eastern Force kerana bersauh tanpa kebenaran di perairan Tanjung Piai, dekat sini semalam.

Dalam kejadian jam lebih kurang 12.05 tengahari hari itu, kapal berkenaan dikesan bersauh di kedudukan 4.2 Batu Nautika Tenggara Tanjung Piai oleh kapal peronda  Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Operasi Satria Selatan.

Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim Johor Bahru (DM6), Kepten Maritim Aminuddin bin Haji Abd Rashid berkata, kapal peronda APMM yang melakukan rondaan diperairan itu telah mengesan sebuah kapal dalam keadaan mencurigakan.

“Mereka kemudian menghampiri kapal terbabit dan melakukan pemeriksaan. Didapati kapal tersebut gagal melaporkan ketibaan kepada Pengarah Laut Malaysia, berlabuh tunggu tanpa kebenaran dan gagal membayar dius api,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, disini semalam. Menurut Aminuddin, siasatan mendapati kapal MT Eastern Force yang didaftarkan di Panama membawa 21 kru, warganegara Filipina. Ketua jurutera dan dua kru kapal  ditahan dibawa ke Ibu Pejabat APMM Wilayah Selatan di Johor Bahru untuk siasatan lanjut, katanya.

Kata Aminuddin, pemilik kapal boleh didakwa di bawah seksyen 491B (1) (l) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 dan Seksyen 3, Akta Dius Api Persekutuan 1953 iaitu berlabuh dikawasan yang tidak dibenarkan, bersauh tanpa kebenaran dari Pengarah Jabatan Laut dan gagal membayar Dius Api.

 “Jika didapati bersalah, pemilik kapal boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

 “APMM akan terus melakukan pemantauan serta pemeriksaan berterusan ke atas kapal-kapal yang bersauh secara haram sama ada di dalam atau luar batas pelabuhan,” katanya sambil mengalu-alukan maklumat dari orang ramai dalam membanteras jenayah maritim di Perairan Johor ditalian,07-2199519/ 07-22219231

kapal 1 kapal 2

 

 Sumber/Foto: Staf Perhubungan Awam WILSEL

                          Lk I Maritim Helmi Bin Hirman

 

Kuala Linggi 1 Jul –  Satu pasukan peronda bot laju pemintas Maritim Malaysia dari DM5 Kuala Linggi yang sedang  melaksanakan Op Tumpas Siri 1/2014 di perairan Selat Melaka telah mengesan pergerakan mencurigakan sebuah bot gentian kaca pada jarak hampir 10 batu dari pantai Kuala Sungai Baru, Melaka. Dalam suasana yang gelap dan keadaan laut yang agak bergelora, arahan berhenti tidak dihiraukan malah terus nekad memecut laju ke arah pantai. Hampir 30 minit kejar mengejar berlaku sehingga bot tersebut akhirnya tersadai di pantai Kuala Sungai Baru, Melaka manakala tekong dan awak-awaknya berjaya melarikan diri.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah 5, Kepten Maritim Abu Bakar bin Idris ketika dihubungi menyatakan  “ Taktik bot penyeludup memecut laju ke arah pantai dengan harapan tidak diburu oleh pihak APMM kerana keadaan perairan yang berbatu-batu adalah meleset sama sekali. Dengan kecekapan dan kemahiran tim peronda tersebut ianya dapat di atasi.”

Hasil pemeriksaan mendapati bot pancung berwarna biru jenis gentian kaca tersebut tiada nombor pendaftaran, mempunyai 3 buah enjin 60 kuasa kuda setiap satu, jenis Mercury dan disyaki digunakan untuk kegiatan penyeludupan. Kes akan disiasat oleh Pegawai Penyiasat APMM dibawah Akta Kastam 1967.  

 

resize 1 aa resize 2 ccc

 

 

 

Sumber / Photo                   : Bk Maritim Roslan Hj Klp Ibrahim

                                             Unit Perhubungan Awam DM5