WARGA MARITIM2 BI  ORANG AWAM2 BI  MEDIA2 BI  DIREKTORI BI  eparticipation   logo carian tp
 

Latest News

KLANG, 14 Ogos – Sebuah Bot peronda dari Daerah Maritim 4 Klang (DM4 Klang) telah menemui mayat seorang lelaki melayu yang ditemui terapung di perairan Sungai Nibong, Kuala Selangor.

Laporan penemuan ini telah dibuat oleh seorang pemancing yang ketika itu sedang memancing di perairan tersebut.

Hasil maklumat dari orang ramai, mayat tersebut telah dipercayai terjatuh selama dua hari yang lalu ketika bot mereka sedang beroperasi menangkap ikan dipukul ombak besar secara tiba-tiba.

Menurut Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Klang, Kepten (M) Christopher Ravindran Dass berkata, “semua para nelayan hendaklah memastikan peralatan keselamatan mencukupi dan sentiasa memakai jaket keselamatan semasa berada di laut, terutamanya bagi nelayan tradisional yang lazimnya menggunakan sampan kecil. Sikap ambil mudah tentang aspek keselamatan boleh mengundang kemalangan yang menyebabkan kehilangan nyawa”,

Tambahnya lagi, “Mayat tersebut telah dibawa ke Jeti Pasir Panjang, Kuala Selangor dan dihantar ke Hospital Kuala Selangor untuk tindakan selanjutnya”.

 P1040643 P1040649 

Sumber/Foto:  LK Maritim Zuhri Bin Mat Akhir ,Unit perhubungan DM 4 Klang.

LAHAD DATU, 29 JUN -  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menyertai Perbarisan Penghargaan Ops Daulat yang telah diadakan di Padang Masyarakan Felda Sahabat, pada 29 Jun lepas.

Perbarisan ini melibatkan oleh 70 orang anggota yang terdiri dari daripada anggota Maritim seluruh Wilayah Sabah dan Labuan. Lawatan ke Pos Maritim Felda Sahabat turut diadakan pada hari yang sama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim bersama Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan bin Kurish.

Lawatan tersebut bertujuan untuk mengenalpasti keperluan dan kemudahan yang diperlukan oleh Pos terbabit selepas ianya akan dibuka pada masa akan datang. Turut serta dalam Lawatan tersebut ialah Ketua Bahagian Keselamatan ESSCOM, Laksamana Pertama Maritim Karunanithi A/L Munusamy dan Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Sabah, Kepten Maritim Wan Mohd Affandi bin Wan Ahmad.

 441      634

Sumber : Staf Perhubungan Awam WILSAB

Oleh : LK I (M) Mohd Nawal Sukry

 

PASIR PUTEH, 18 April (Bernama) - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Tok Bali, Kelantan menahan 10 warga Vietnam di dalam sebuah bot yang disyaki cuba menyeludup 4,000 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM72,000 kira-kira satu batu nautika dari Pantai Tok Bali semalam.

Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim Tok Bali, Wan Burhanuddin Jusoh berkata tujuh daripada mereka ditahan pada 12.50 tengah hari.

"Tiga yang lain bersembunyi di bawah timbunan pukat, bawang dan beras selama 12 jam sebelum ditemui," katanya kepada pemberita di Pejabat APMM Tok Bali di sini hari ini.

Wan Burhanuddin berkata diesel berkenaan dipercayai untuk diseludup ke Vietnam kerana harganya yang lebih tinggi di negara itu.

"Kami percaya kes itu didalangi rakyat tempatan yang mahu mencari keuntungan mudah," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata APMM Kelantan baru-baru ini menahan sebuah bot nelayan tempatan yang didaftarkan di sebuah negeri di pantai barat Semenanjung, kerana menangkap ikan 67.6 batu nautika dari Pantai Tok Bali. Ketika ditahan, enam nelayan warga Thailand termasuk tekong berumur antara 33 dan 54 tahun berada di atas bot itu.

- BERNAMA