WARGA MARITIM2 BI  ORANG AWAM2 BI  MEDIA2 BI  DIREKTORI BI  eparticipation   logo carian tp
 

Latest News

KLANG, 6 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim Klang (DM4) telah melaksanakan OPS REDBACK 1/2014 bagi mengekang aktiviti penyeludupan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bermula dari 2 Jun dan berakhir semalam. Operasi ini telah diadakan serentak 3 daerah iaitu di Pulau Langkawi, Lumut dan Klang. 

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Klang, Kepten Maritim Mohd Aliyas bin Hamdan berkata, “operasi ini diadakan adalah bertujuan untuk mengekang aktiviti berkaitan dengan ATIPSOM yang berlaku dalam kawasan perairan negeri Selangor. Kawasan operasi meliputi seluruh kawasan perairan negeri Selangor yang bermula dari Kuala Sungai Bernam hingga Kuala Sepang Besar”.

Tegasnya lagi, “Operasi ini telah melibatkan 2 buah kapal dan 3 buah bot dengan kekuatan anggota seramai lebih kurang 60 orang, yang mana aset-aset dan anggota telah dibahagi kepada dua iaitu masing-masing di kawasan utara dan selatan untuk melaksanakan pemeriksaan dalam operasi ini”. Beliau juga menegaskan bahawa, “pihak Maritim Malaysia tidak akan sekali-kali berkompromi dengan  mana-mana PATI yang tidak mempunyai dokumen lengkap semasa pemeriksaan dijalankan kerana tempoh serta peluang yang telah diberi oleh Jabatan Imigresen Malaysia kepada majikan untuk mendaftarkan pekerja mereka supaya mempunyai dokumen yang sah bagi meneruskan pekerjaan mereka di negara ini”.

Tambahnya lagi,  “sepanjang OPS REDBACK dijalankan, sebanyak  38 buah bot nelayan telah diperiksa dan 4 buah berjaya ditahan atas sebab kesalahan tidak mempunyai dokumen yang sah serta tiada kebenaran menggaji pekerja warga asing”.

Operasi ini akan dijalankan secara berterusan bagi mengekang serta membendung aktiviti penyeludupan migran agar dapat mengurangkan kemasukan PATI ke Negara ini.

Redback 1 Redback 2

Sumber : LK (M) Mohd Zuhri Bin Mat Akhir

Staf Unit Perhubungan Awam DM Klang

KOTA TINGGI, 1 April - – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tanjung Sedili hari ini telah menahan dua bot nelayan asing kerana disyaki menceroboh dan menangkap ikan di perairan negara berhampiran Tanjung Lompat di sini.
 
Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim 7 Tanjung sedili, Kepten Maritim Amran bin Daud berkata, Bot Peronda APMM sedang melakukan rondaan di perairan Desaru sebelum mengesan dua buah bot yang mencurigakan. Setelah diperiksa, didapati bot tersebut didaftarkan di negara jiran. Terdapat seorang tekong dan empat awak-awak bagi setiap bot yang berusia antara 23 hingga 62 tahun. Kesemua nelayan tersebut disyaki berasal dari Indonesia.
 
Katanya, kedua-dua bot nelayan itu ditahan pada pukul 1.15 pagi pada jarak 16.5 batu nautika timur Tanjung Lompat. Pemeriksaan lanjut juga mendapati kedua-dua bot tersebut memuatkan rawai kira-kira seberat dua tan bersama hasil tangkapan dan tekong bot tersebut menyatakan bahawa bot berkenaan telah keluar untuk menangkap ikan sejak 28 Mac lalu.
 
Bot bersama tekong dan kesemua awak-awak telah diiringi dan dibawa masuk ke jeti APMM Tanjung Sedili untuk siasatan.
 

LANGKAWI, 29 Disember – Kapal peronda Daerah Maritim 1 Langkawi (DM 1) telah berjaya menahan sebuah bot pukat tunda Zon B dan C semasa sedang beroperasi di sekitar Perairan Langkawi kerana disyaki melanggar syarat lesen yang sah.
 
Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim 1 Langkawi, Kepten Maritim Zulkarnain Mohd Omar berkata, pada 26 Disember semasa melaksanakan rondaan iaitu pada jam 6.30 pagi, kapal peronda DM 1 telah mengesan sebuah bot nelayan pukat tunda Zon C sedang melakukan aktiviti memukat ikan di kedudukan lebih kurang 3.51 batu nautika dari Tanjung Cincin. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati  tiga awak-awak termasuk tekong warganegara Thailand di dalam bot berkenaan. 
 
Dalam kejadian bersaingan, sebuah bot pukat tunda Zon B turut ditahan pada 27 Disember lalu di sekitar perairan Langkawi disyaki melakukan aktiviti memukat ikan di kedudukan lebih kurang 2.4 batu nautika dari Tanjung Cincin. Pemeriksaan mendapati empat awak-awak termasuk tekong warganegara Malaysia berada di dalam bot berkenaan. 
 
“Kes ini akan disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 kerana disyaki melanggar syarat-syarat lesen. Kedua-dua buah bot nelayan tersebut didapati melakukan aktiviti perikanan kurang 12 batu nautika dari pantai. Seterusnya Kedua-dua buah bot tersebut termasuk awak-awak  ditahan untuk siasatan lanjut”, katanya. 
 
 
 
Sumber:
Staf Perhubungan Awam Daerah Maritim 1 Langkawi
Laskar Kelas I Maritim Norakhilah Desa

KLANG, 19 Ogos - Sebuah Bot Ronda Maritim Malaysia Daerah Maritim 4 Klang (DM4) telah ditugaskan memberi bantuan penyerahan perintah OMNIBUS kepada sebuah kapal dagang yang disyaki melakukan kesalahan di perairan Klang di sini hari ini.

Ketua Penguat Kuasa DM4, Kepten Maritim Christopher Ravindran Dass berkata selaras dengan peranan dan tanggungjawab APMM, bot Penggalang 1 mengiringi Sheriff/bailiff dari Mahkamah Admiralti Kuala Lumpur serta agen yang dilantik ke kapal yang ditahan.

“Proses penyerahan perintah tersebut telah dapat dilakukan dengan lancar walaupun keadaan laut agak bergelora di kawasan kapal yang ditahan tersebut bersauh,” katanya.

Katanya lagi, Maritim Malaysia sentiasa komited untuk memberi bantuan keselamatan  kepada agensi-agensi berkaitan lebih-lebih lagi perintah dari Mahkamah Tinggi dan menentukan proses serta prosedur dipatuhi.

EDIT PIC 1  EDIT PIC 2 

Sumber : Daerah Maritim 4 Klang, WILSEL