WARGA MARITIM2 BI  ORANG AWAM2 BI  MEDIA2 BI  DIREKTORI BI  eparticipation   logo carian tp
 

Latest News

LABUAN, 17 Jun – Seorang warga tempatan Abdul Wahab Hj Tassim, 53 tahun berasal dari Kampung Lubok Western, Beufort berjaya diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Daerah Maritim Labuan apabila bot gentian kaca miliknya karam setelah dipukul ribut dalam hujan lebat  ketika memancing di Perairan Pulau Daat.
 
Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Labuan, Kepten Maritim Che Adnan Md Isa telah mengarahkan Bot Kilat APMM ke tempat kejadian dimana mangsa yang menyelamatkan diri berenang dan berpaut di boya berhampiran Pulau Daat. Mangsa telah berjaya diselamatkan walaupun dalam keadaan hujan lebat dan laut yang bergelora.
 
Mangsa yang tiada kecederaan serius telah dibawa ke Jeti APMM Labuan untuk diserahkan kepada keluarga terdekat setelah diambil keterangan.
 
Agensi ini menasihatkan kepada semua pengusaha-pengusaha bot di sekitar Perairan Labuan supaya mengambil langkah-langkah keselamatan semasa membuat sebarang aktiviti-aktiviti dilaut untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
 
Orang ramai juga dinasihatkan menghubungi Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 jika mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian jenayah dan kemalangan di perairan negara atau terus menghubungi  Pusat Operasi Maritim Labuan di talian 087- 453 999
  
Sumber: Staf Perhubungan Awam Daerah Maritim Labuan DM14
Oleh     : LK II (M) Muhamad Hanif Abu Zarin
 
 
 
 
 

PELABUHAN KLANG, 20 Jun (Bernama) - Sejumlah 20 mangsa ditemui manakala tujuh lagi masih hilang dalam kejadian terbaharu bot pancung yang membawa 27 warga Indonesia yang karam di Beacon Api Gila, perairan Sepang pada Khamis.

Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia Klang Leftenan Komander Maritim Mohd Hambali Yaakup berkata enam daripada mereka kini dirawat di Hospital Banting dan Sungai Buloh.

"Tiada mangsa lemas ditemui setakat ini, tujuh masih hilang, " katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan maklumat awal, bot pancung terbabit bertolak dari Morib, Banting pukul 3 pagi ini menuju ke Tanjung Balai, Indonesia.

Kejadian itu berlaku dalam tempoh 24 jam selepas tragedi bot karam yang membawa 97 pendatang warga Indonesia di perairan Sungai Air Hitam, Pulau Carey pada Rabu.

Sementara itu, Duta Besar Luar Biasa dan Berkuasa Penuh Kedutaan Indonesia di Malaysia Herman Prayitno dalam sidang akhbar sama berkata pihaknya sudah menghubungi waris keluarga seorang mangsa kejadian bot karam di perairan Sungai Air Hitam.

Herman menasihati semua rakyat Indonesia yang tinggal di Malaysia supaya tidak menggunakan laluan haram untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi mengelak berlakunya sebarang tragedi.

-- BERNAMA

SAR 2  SAR 1 

TAWAU, 15 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Tawau telah berjaya menahan dua buah vessel jenis bot tempel di kawasan perairan Pulau Mantabuan, Semporna.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Tawau, Kepten Maritim Anor bin Hj Jaafar berkata, bot peronda APMM yang menjalankan rondaan di sektor pengawasan telah mengesan dan menahan kedua-dua bot mencurigakan itu yang bergerak dari sempadan Filipina cuba memasuki ke perairan Semporna, Sabah. Hasil pemeriksaan awal mendapati kedua-dua juragan gagal mengemukakan lesen bot dan mendapati membawa seramai 14 orang penumpang termasuk seorang bayi laki-laki majoritinya daripada suku kaum Bisaya (Filipina).

Siasatan lanjut mendapati hanya seorang juragan dan seorang penumpang sahaja mempunyai MyKad manakala seorang dari mereka mempunyai passport Filipina dan yang lain termasuk seorang lagi juragan tiada dokumen pengenalan diri yang sah. Kesemua mereka yang ditahan berumur dalam lingkungan 1 bulan hingga 49 tahun itu dibawa masuk ke jeti Pasukan Gerakan Marin (PGA), Semporna untuk siasatan lanjut oleh Pegawai Penyiasat APMM di bawah Akta Imigresen 1959/63.

IMG-20140615-WA0004 JURAGAN2
Sumber/foto: LK I (M) Simpson b Marius
Staf Unit Perhubungan Awam Daerah Maritim Tawau

KUALA LINGGI, 18 JunKerajaan Kanada telah menghadiahkan dua buah bot Rigid Hull Fenders Boat (RHFB) kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia melalui program kerjasama Malaysia dengan Kanada khususnya dalam memerangi jenayah penyeludupan dan pemerdagangan manusia.

Majlis serah terima bot ini telah disempurnakan oleh Laksamana Madya Maritim Dato’ Ahmad Puzi bin Ab Kahar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan Pesuruhjaya Tinggi Kanada, Her Excellency Judith St. George bertempat di pejabat Daerah Maritim (DM5) Kuala Linggi disini hari ini.

 

1  2 

 Sumber/Foto: Unit Perhubungan Awam Ibu Pejabat APMM