WARGA MARITIM2 BI  ORANG AWAM2 BI  MEDIA2 BI  DIREKTORI BI  eparticipation   logo carian tp
 

Latest News

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Majlis Pembungkusan Sumbangan Hari Raya kepada Pasukan Keselamatan Negara 2014 telah diadakan di Bangunan BAKTI Siti Hasmah yang melibatkan ahli-ahli BAKTI dan turut dibantu oleh anggota Maritim Malaysia, ATM dan PDRM serta pelajar universiti dari IPTA dan IPTS pagi tadi.

Sebanyak 4,300 kotak bingkisan hari raya telah disediakan oleh Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) kepada Maritim Malaysia manakala 20,000 kotak kepada Angkatan Tentera Malaysia dan 25,000 kotak lagi kepada Polis DiRaja Malaysia.

Isteri Perdana Menteri, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor juga Yang Dipertua BAKTI turut membantu dalam kerja-kerja pembungkusan dan sudi menyampaikan cenderahati kepada petugas dan media yang hadir.

 1 2 

Sumber : Unit Perhubungan Awam Ibu Pejabat

KOTA TINGGI, 18 Jun – Tujuh nelayan Indonesia yang terapung di lautan selama 24 jam setelah bot mereka karam telah diselamatkan oleh sebuah kapal dagang kira-kira 20 batu nautika Tenggara Tanjung Sedili.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Tanjung Sedili, Kepten Maritim Amran bin Hj Daud berkata bot nelayan tersebut dipercayai karam akibat bergesel dengan sebuah kapal kira-kira pukul 4.00 pagi (17 Jun 2014). Kesemua mereka telah hanyut dan hanya bergantung pada tong dan pelampung sebelum berjaya diselamatkan oleh kapal Wakaba Maru.

Semua mangsa yang keletihan itu telah diserahkan kepada pihak Maritim Malaysia dan dibawa ke Pejabat Maritim Daerah Tanjung Sedili untuk diberikan rawatan dan soal siasat sebelum diserahkan kepada Kedutaan Indonesia di Johor Bahru.

IMG 8066   IMG 8069

Staf Perhubungan Awam Tanjung Sedili

LK (M) Roswadi bin Mohamed

TAWAU, 18 Jun – Daerah Maritim Tawau (DM18) telah berjaya menahan sebuah vessel jenis 'bot pam' di kawasan perairan Pulau Mantabuan, Semporna.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Tawau, Kepten Maritim Anor bin Hj Jaafar berkata, bot peronda APMM yang menjalankan rondaan di sektor pengawasan telah mengesan dan menahan bot mencurigakan itu yang bergerak dari Semporna menuju ke sempadan Filipina. Hasil pemeriksaan awal mendapati seorang juragan dan 2 orang awak-awak berbangsa Filipina berumur 15 hingga 23 tahun itu gagal mengemukakan lesen bot dan dokumen pengenalan diri yang sah. 

Siasatan lanjut mendapati, bot tersebut membawa muatan lebih kurang 80 tong berisi minyak petrol yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM4,200 tanpa sebarang dokumen kebenaran daripada pihak berkuasa telah cuba membawa masuk ke negara jiran secara haram. Kesemua mereka yang ditahan telah dibawa masuk ke jeti Pasukan Gerakan Marin (PGA), Semporna untuk siasatan lanjut oleh Pegawai Penyiasat APMM di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta imigresen 1963. 

APMM akan terus membuat pemantauan dan tugas penguatkuasaan bagi membenteras dan menyekat setiap aktiviti penyeludupan di perairan negara khususnya di perairan negeri Sabah yang mana boleh memberi kesan terhadap sosial dan ekonomi penduduk setempat.

IMG-20140618-WA0007 IMG-20140618-WA0004 2 - Copy

Sumber/foto: LK I (M) Simpson b Marius

Staf Unit Perhubungan Awam DM18 Tawau

 

 

TAWAU, 17 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Tawau telah mengiatkan lagi tugas penguatkuasaan di zon perairan dan telah berjaya menahan 2 buah vessel jenis 'bot pam' di kawasan perairan Pulau Gaya, Semporna pada selasa lepas.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Tawau, Kepten Maritim Anor bin Hj Jaafar berkata, Kapal Maritim Malaysia yang sedang menjalankan rondaan di zon pengawasan telah mengesan dan berjaya menahan kedua-dua bot yang mencurigakan itu sedang bergerak dari Semporna, Sabah menuju ke Pulau Sitangkai, Filipina. Hasil pemeriksaan awal mendapati 2 orang juragan dan 3 orang awak-awak berumur dalam lingkungan 13 hingga 51 tahun berketurunan bajau laut itu mengemukakan dokumen pengenalan diri yang meragukan semasa diperiksa. Manakala seorang lagi daripada mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Siasatan lanjut mendapati, bot pam tersebut telah membawa muatan lebih kurang 45 tong berisi minyak petrol yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM2,362. Kesemua mereka yang ditahan telah dibawa masuk ke jeti Maritim Daerah Tawau untuk siasatan lanjut oleh Pegawai Penyiasat APMM di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa muatan tanpa sebarang permit.

IMG-20140619-WA0026 P1000285

 Sumber/foto: LK I (M) Simpson b Marius

Staf Unit Perhubungan Awam DM18 Tawau