WARGA MARITIM2 BI  ORANG AWAM2 BI  MEDIA2 BI  DIREKTORI BI  eparticipation   logo carian tp
 

Latest News

LANGKAWI, 23 Jun- Sebelum kehadiran Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi tugas-tugas seorang penguat kuasa maritim tidak terhalang untuk membanteras pelakuan kesalahan yang berlaku di perairan Negara.

Dibekalkan dengan kecekalan dan kesabaran yang digalas oleh Leftenan Maritim Abdul Hamid Abdullah, Pegawai Memerintah KM Sugut bersama 10 anak buahnya telah berjaya membuat tugasan yang diamanahkan oleh Kepten Maritim Zulkarnain Mohd Omar, Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim 1 Langkawi bagi menjaga keselamatan perairan dan kawasan yang di pertanggungjawapkan kepadanya.

Dengan hasil kejayaan, KM Sugut sebelum ini pelbagai tangkapan telah berjaya dibuat dan di dakwa di Mahkamah sehingga kini.

Tangkapan terbaru KM Sugut dengan menahan dua buah bot nelayan yang berlainan jenis kategori dan zon tangkapan demi mengaut keuntungan tanpa belas kasihan kepada nelayan tradisional yang menagih hasil yang sedikit demi sesuap nasi untuk keluarga tercinta.

Tangkapan itu menguatkan lagi kecekalan setiap hati seorang penguat kuasa maritim untuk berbakti dan memberi keselesaan kepada nelayan tradisional agar menikmati kehidupan yang terbaik untuk keluarga mereka.

Pada malam 22 dan 23 Jun jam lebih kurang 11.00 malam dan 1 pagi, ketika semua sedang enak dibuai mimpi seramai 11 orang penguat kuasa maritim bersengkang mata untuk bersedia menjalankan tugas yang diamanahkan. Ketika rondaan tersebut dibuat secara tiba - tiba terlihat dua buah bot nelayan yang berasingan waktu tangkapan sedang leka menikmati hasil tangkapan mereka. Tanpa berlengah lagi tindakan pantas arahan seorang pegawai memerintah kapal kepada anggotanya bergegas ketempat kejadian dengan  menahan dua buah bot nelayan tersebut. Kedua - dua kejadian tersebut berlaku pada jarak lebih kurang 3.5 dan 3.8 batu nautika dari Tanjung Langgun, Langkawi.

Seramai 23 orang pekerja nelayan asing yang dipercayai dari Thailand telah ditahan dan bakal didakwa kerana melanggar syarat-syarat perlesenan dan disyaki tiada permit yang sah membolehkan berkerja di sektor perikanan.

Dengan kejayaan itu, Pegawai Memerintah KM Sugut telah mengambil tindakan yang berani menahan dan membawa bot tersebut masuk ke Jeti Maritim Malaysia untuk tindakan selanjutnya oleh Pegawai Siasatan Daerah Mairitm 1 Langkawi.

 
 
 kes pukat jerut 22 jun  kes bot pukat tunda 23 Jun

 

Sumber/Foto : Staf Perhubungan Awam Daerah Maritim I Langkawi

                         Laskar kelas I Maritim Norakhilah Desa

KOTA TINGGI, 22 Jun – Seawal jam lebih kurang 10.00 pagi sebuah bot ronda APMM dari Daerah Maritim 7 (DM7) Johor Bharu telah menerima maklumat dari orang ramai mengenai terdamparnya sebuah bot pancung tanpa bernombor dan pemilik berada dalam keadaan mencurigakan di pantai Teluk Canggang, Tanjung Kelisa, Johor Bharu.

Kehadiran Bot pancung tersebut mengundang pelbagai tanda tanya dari orang ramai sehinggakan maklumat tersebut disalurkan kepada Pusat Operasi APMM Johor Bharu untuk diambil tindakan.

Hasil pemeriksaan dan siasatan keatas bot tersebut dipercayai digunakan untuk penyeludupan atau membawa Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berdasarkan keadaan bot berkenaan tidak terurus dan bersepah. Bot berkenaan dianggarkan dalan berukuran 12 meter panjang dan mempunyai tiga buah enjin berjenama Yamaha 200 Kuasa Kuda.

Bot tersebut dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Tanjung Sedili dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

 

DSCF0219  DSCF0231

 

 

Sumber/Foto: Staf Perhubungan Awam DM 7 Tanjung Sedili

                       LK (M) Roswadi bin Mohamed

KUALA LINGGI, 24 Jun – Demi menjayakan kelangsungan memerangi penyalahgunaan dadah yang menjadi musuh negara yang utama, Daerah Maritim 5 Kuala Linggi (DM5) telah bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Alor Gajah Melaka melaksanakan Operasi Bersepadu Perangi Penyalahgunaan Dadah dikalangan komuniti maritim terutamanya golongan nelayan.

Puan Noralizah binti Kasmin, Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Alor Gajah, Melaka beserta 5 anggotanya menyertai Operasi Bersepadu bersama Maritim Malaysia Daerah Maritim Kuala Linggi diketuai Lt. Dya Maritim Rahmat bin Baharom, Pegawai Penyiasat DM5 di perairan negeri Melaka. Sebanyak 5 buah bot nelayan telah diperiksa dengan 10 orang nelayan daripadanya telah menjalani ujian kecerakinan air kencing oleh tim AADK dan sebahagiannya didapati positif telah diambil tindakan selanjutnya oleh AADK.

Kepten Maritim Abu Bakar bin Idris, Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Kuala Linggi (DM5) berkata bahawa pihak Maritim Malaysia akan sentiasa bekerjasama dengan mana-mana agensi penguat kuasa bagi menguatkuasakan undang-undang negara dan mengeratkan kerjasama dua hala. Kerjasama ini dapat memberi gambaran kepada masyarakat umum bahawa Maritim Malaysia sentiasa bekerjasama untuk mendukung hasrat kerajaan membasmi penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat terutamanya kepada komuniti maritim.

 

 IMG 0108 resized IMG 0121 resized 

 

Sumber/Jurugambar : Bintara Kanan Maritim Roslan bin Hj Klp Ibrahim

Staf Perhubungan Awam DM5 Kuala Linggi

 

 

 

LANGKAWI, 21 Jun - Sebuah Kapal Maritim Sugut yang berpangkalan di Daerah Maritim 1 (DM 1) Langkawi telah berjaya menahan dua buah bot nelayan tempatan ketika sedang membuat operasi penguatkuasaan di perairan Langkawi-Kuala Perlis baru-baru ini.

Kedua-dua bot berkenaan ditahan dan dipercayai sedang beroperasi tanpa permit yang sah dan menangkap ikan dalam jarak lebih kurang 12 batu nautika ke bawah. Bot tersebut adalah Bot Pukat Tunda Zon B dan Pukat Jerut Zon C.

Menurut kenyataan Pengarah Operasi Wilayah Utara, Kepten Maritim Salim Ahmad berkata semasa rondaan penguatkuasaan KM Sugut telah menahan kedua-dua buah bot berkenaan ketika sedang beroperasi menangkap ikan di perairan Tanjung Dendang dan Tanjung Cincin Pulau Langkawi.

Hasil siasatan selanjutnya mendapati 3 awak-awak dari Bot Pukat Tunda Zon B tidak mempunyai permit berkerja yang sah manakala seorang tekong serta 20 awak-awak yang berkerja di dalam Bot Pukat Jerut Zon C dipercayai telah melakukan kesalahan menarik pukat dibawah jarak lebih kurang 7.7 batu nautika dari batu Cincin.

Kedua-dua buah bot tersebut telah dibawa masuk ke jeti untuk tindakan dan siasatan selanjutnya oleh APMM.

 

 bot 1 bot 2 

 

Sumber /Foto: Staf Perhubungan Awam Daerah Maritim 1 Langkawi 

Laskar Kelas I Maritim Norakhilah Desa