WARGA MARITIM2 BI  ORANG AWAM2 BI  MEDIA2 BI  DIREKTORI BI  eparticipation   logo carian tp
 

Latest News

KOTA KINABALU, 27 Jun - Seorang nelayan warga asing ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Daerah Kota Kinabalu kerana menceroboh kawasan larangan memancing di Pelantar Minyak ERB West di perairan Pulau Mengalum di sini dalam operasi yang dijalankan semalam.

Menurut Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Kota Kinabalu Kepten Maritim Zin Azman Md Yunus, tangkapan ini berjaya apabila APMM dapat maklumat awal dari pekerja pelantar minyak tersebut mengenai pencerobohan yang dilakukan oleh bot-bot kecil di sekitar pelantar minyak tersebut.

“Melalui maklumat awal terbabit, kita telah mengarahkan sebuah kapal peronda APMM untuk membuat serbuan di kawasan terbabit. Kita mendapati terdapat lebih dari 15 buah bot kecil berada di bawah dan sekitar pelantar minyak itu”. Katanya dalam kenyataan yang diberi.

“Kita percaya bot-bot terbabit keluar dalam jam 7.00 pagi dan akan mengambil masa 3 jam untuk sampai ke perairan Pulau Mengalum, mereka akan memasuki ke kawasan pelantar minyak pada waktu malam untuk melakukan aktiviti memancing disana”. Tambahnya lagi.

Pada serbuan jam lebih kurang 9.00 malam itu,kejar mengejar antara pihak APMM dan bot-bot terbabit telah berlaku dan kita berjaya memintas salah sebuah dari 10 buah bot terbabit.

Tekong warga asing yang berumur 52 tahun itu kini ditahan dan disiasat di atas Akta Kawasan Larangan 1959 yang memperuntukan denda sebanyak RM1,000.00 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali dan Akta Imergresen 1963 yang memperuntukan denda tidak melebihi RM 10,000.00 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit dengan kesalahan.

Zin Azman turut menyatakan, bot dan barang-barang diatas bot akan disita untuk tujuan siasatan dan beliau mengharap kerjasama begini dapat diteruskan bagi melindungi dan menguatkuasakan undang-undang persekutuan. Sebarang maklumat awal boleh disalurkan ke Pusat Operasi Maritim Kota Kinabalu di talian 088-387 845.

  

 

Kota 

Kota Kinabalu, 23 Jun : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Kota Kinabalu telah menahan sebuah bot pancung yang tidak berdaftar di perairan Kota Belud berdekatan dengan Pulau Mantanani Besar dalam operasi yang dijalankan pada  jam lebih kurang 11.30 pagi semalam.

 

 

 

Dalam operasi yang dijalankan pagi semalam, APMM telah menerima aduan dari pihak pelantar minyak mengenai terdapat aktiviti pengeboman ikan di perairan yang di wartakan sebagai tempat larangan memancing. Berdasarkan maklumat awal terbabit, APMM telah menghantar sebuah kapal peronda ke tempat berkenaan.

 

 

 

Menurut Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Kota Kinabalu  Kepten Maritim Zin Azman Md Yunus, berdasarkan maklumat yang di beri kita telah menggerakan sebuah kapal peronda APMM yang sedang membuat rondaan ke tempat yang telah dikesan terdapat aktiviti tersebut. Semasa kapal peronda APMM menghampiri kawasan terbabit, kita mendapati terdapat lebih dari 10 buah bot kecil berada di kawasan itu dan bot-bot kecil itu melarikan diri setelah melihat kelibat pihak berkuasa.

 

 

 

“ Kita berjaya menahan salah sebuah bot terbabit dan kita dapati dua orang awak-awak berada di dalam bot terbabit. Hasil dari pemerikasaan lanjut, kedua-dua warga tempatan itu tidak memiliki lesen bot dan bot itu juga tidak berdaftar. Mereka juga dipercayai membuang ikan-ikan dan barang-barang yang boleh dikaitkan dengan aktiviti pengeboman ikan”. Katanya dalam kenyataan yang diberikan.

 

 

 

Kes ini aklan disiasat dibawah seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985. Kedua-dua lelaki berumur 35 tahun itu kini ditahan bagi siasatan lanjut dan jika disabit kesalahan boleh di kompaun tidak melebihi RM500.

 

 

 

Dalam operasi berasingan, APMM Kota Kinabalu telah menahan sebuah bot pelancong dalam operasi yang dijalankan di perairan Pulau Sapi. Dalam operasi pada jam lebih kurang 11.39 pagi itu, bot pemintas APMM telah mengesan sebuah bot pelancong yang dalam keadaan yang mencurigakan.

 

 

 

Hasil dari pemeriksaan lanjut, kita dapati seorang lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 23 tahun didapati telah melakukan kesalahan di bawah akta Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 dan dirujuk dengan Akta Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana mengoperasikan bot menggunakan juragan berlainan dan jika disabit kesalahan boleh di denda RM 500 ke RM1000.

 

 

 

Zin Azman turut menambah, kerjasama orang awam mengenai sebarang aktiviti yang mencurigakan di laut sangat dihargai kerana sebarang maklumat awal yang disalurkan berkemungkinan dapat menghalang aktiviti yang melanggar undang-undang negara. Sebarang maklumat boleh disalurkan ke Pusat Operasi APMM Kota Kinabalu di talian 088-387 845.

 

tangkapan KM IKHLAS  Tangkapan km ikhlas

 

KUALA LINGGI, 26 Jun –  Seorang warga Indonesia bertindak terjun ke laut, cubaan mengelak diberkas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Daerah Maritim 5 Kuala Linggi di perairan Tanjung Tumbuk, Selangor pagi ini.

Ketika menghampiri dan mengarahkan untuk berhenti, bot tersebut terus memecut laju dan tidak mengendahkan arahan yang diberi oleh anggota APMM. Kejar mengejar berlaku hampir 10 minit, akhirnya berjaya memintas dan menahan bot tersebut. Semasa pemeriksaan dilakukan salah seorang suspek telah terjun ke laut cubaan meloloskan diri namun atas kecekapan anggota APMM berjaya menahan semula suspek yang sedang berpaut di bahagian tepi bot pancung tersebut.

Pemeriksaan mendapati seorang tekong dan dua orang pembantu bot warganegara Indonesia berumur lingkungan 23 hingga 25 tahun tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan telah melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk ke Malaysia tanpa melalui jalan yang sah.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah 5, Kepten Maritim Abu Bakar bin Idris berkata  “ Atas maklumat risikan yang diterima sebuah bot pemintas laju DM5 telah mengesan sebuah bot pancung yang mencurigakan dipandu laju dan disyaki cuba menyusup keluar dari perairan Tanjung Tumbuk menuju ke perairan Indonesia, saya mensyaki  bot pancung yang tiada nombor pendaftaran digunakan untuk melakukan aktiviti penyeludupan kerana menggunakan enjin yang berkuasa agak tinggi iaitu jenis Yamaha 200Hp. Pihak APMM akan terus meningkatkan rondaan dari masa ke semasa khususnya di perairan Selat Melaka. Orang awam disarankan terus menyalurkan maklumat dengan menghubungi Malaysian Emergency Respond System (MERS 999) jika mempunyai sebarang maklumat berhubung perilaku jenayah juga kemalangan yang berlaku di perairan negara.”

 

 

IMG 2024 resizeIMG 2035 resize

Sumber/Jurugambar  : Bintara Kanan Roslan bin Hj Klp Ibrahim

                                     Unit Perhubungan Awam DM5 Kuala Linggi

TAWAU, 24 Jun – Tindakan sebuah feri membawa penumpang yang tidak mematuhi peraturan mengundang padah apabila ditahan bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Tawau ketika pemeriksaan rutin dilakukan.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Tawau (KPMD) Kepten Maritim Anor bin Jaafar berkata, feri tersebut dalam perjalanan dari Jeti Pelancongan Tawau ke Nunukan, Indonesia. Kesemua penumpang yang ditahan merupakan warganegara Indonesia.

Menurutnya, ketika pemeriksaan dilakukan sekitar jam 11.50 pagi ke atas Feri MV Labuan Express Lima, mendapati 38 penumpang tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah. 55 penumpang yang memiliki passport sah tetapi tiada pengesahan daripada pihak Imigresen untuk keluar daripada Malaysia. Manakala, 2 penumpang lagi memiliki MyKad tiada dokumen perjalanan yang sah untuk keluar Malaysia.

“Pelanggaran syarat yang ditetapkan itu menyebabkan feri terbabit ditunda dan kesemua penumpang yang berumur dalam lingkungan 11 bulan hingga 60 tahun itu dibawa ke jeti APMM Tawau untuk tindakan lanjut. Vessel dan nakhoda feri terbabit ditahan serta kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan kepada pengusaha perkhidmatan feri, agar mematuhi peraturan yang sedia ada dan menegaskan agar tidak membawa penumpang melebihi had yang dibenarkan. Tindakan membawa lebihan muatan mengundang risiko kemalangan di laut dan mengancam keselamatan penumpang sekiranya berlaku insiden tidak diingini. APMM memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan nyawa dan keselamatan umum agar insiden bot tongkang karam di perairan Sepang dan Pulau Carey baru -baru ini tidak berulang,” katanya. 

Tambahnya, APMM akan sentiasa meningkatkan pemantauan dan rondaan berkala bagi memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara. Sebarang maklumat mengenai kegiatan yang menyalahi undang-undang Maritim boleh menghubungi di talian MERS 999 atau Hotline APMM Tawau di talian 089-752115.

P1000287 P1000288
P1000294 P1000297

 Sumber/Foto: LK I (M) Simpson b Marius

                        Staf Unit Perhubungan Awam DM18 Tawau