WARGA MARITIM2 BI  ORANG AWAM2 BI  MEDIA2 BI  DIREKTORI BI  eparticipation   logo carian tp
 

Latest News

SANDAKAN, 1 Jul- Bot Operasi APMM Daerah Maritim 17 Sandakan berjaya menumpaskan sebuah bot pancung ketika cubaannya menyeludup minyak sawit mentah ke negara jiran dalam operasi penguatkuasaan yang dilakukan di perairan Sandakan pagi tadi.

“Bot pancung yang berpendaftaran SN 1138/7/C telah ditahan bersama seorang tekong dan seorang awak-awak. Hasil pemeriksaan didapati bot pancung tersebut membawa lebih kurang 3000 liter minyak sawit mentah yang diisi di dalam bot tersebut,” kata Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Sandakan, Kepten Maritim A.Razak bin Abd Rahman.

Tambah beliau, pemeriksaan selanjutnya mendapati tiada sebarang dokumen yang sah untuk membawa minyak sawit mentah dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri. Bot pancung tersebut diiringi masuk ke jeti untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

 

IMG 1274 IMG 1291

 

Sumber/Foto  : LK I (M) Mohd Dhiyaurrahman bin Shaari

                         Staf Perhubungan Awam Daerah Maritim 17 Sandakan

KUALA KEDAH, 30 Jun - Bilik Operasi Pangkalan Maritim Kuala Kedah telah dihubungi oleh seorang pelayar yang memerlukan bantuan pertolongan di perairan 5 Batu Nautika Barat, Pulau Songsong, Langkawi.

Lt Kdr Maritim Mohd Khairi bin Abd Aziz, Ketua Penguat Kuasa Pangkalan Maritim Kuala Kedah telah mengarahkan sebuah bot Penyelamat Maritim (Pengalang 35) untuk segera ketempat yang dilaporkan.

Lebih kurang jam 5.20 petang, bot APMM berjaya menemui sebuah kapal layar yang dilaporkan memerlukan bantuan, Kapal layar tersebut hanyut pada jarak lebih kurang 6 Batu Nautika dari tempat asal yang dilaporkan. Semasa operasi menyelamat dilakukan keadaan cauca dan laut bergelora serta hujan lebat. Setelah Bot APMM berjaya merapat di kapal layar tersebut, anggota APMM mendapati terdapat sepasang pasangan lelaki dan wanita dalam keadaan yang begitu menyedihkan.

Lelaki tersebut mengalami kecederaan di kaki yang menyebabkan beliau tidak dapat berjalan manakala pasangan wanita keadaan menyedihkan kerana mengalami pendarahan yang teruk dimata dan hidung serta tidak sedarkan diri. Hasil dari perbualan anggota APMM dengan lelaki tersebut. Beliau dan pasangannya merupakan warga Australia sedang belayar menuju ke negara jiran. Kedua dua pasangan tersebut dibawa menaiki bot penyelamat APMM dan dihantar ke jeti feri kuala kedah untuk dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk menerima rawatan selanjutnya manakala kapal layar bersebut dijaga oleh anggota APMM.

APMM selain menguatkuasakan undang-undang Maritim, agensi ini juga memandang serius tentang laporan dan aduan yang diterima khasnya dalam misi menyelamat nyawa dan harta benda, lebih-lebih lagi melibatkan pelancong dan warga asing. Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk menyalurkan aduan dan kecemasan di laut di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Pangkalan Maritim Kuala Kedah di talian 04-7621810.

 
IMG 0710 picture 18 297
 
Sumber: LK I (M) Mohd Shufiq Amir bin Mohd Din
              Staf Perhubungan Awam Pangkalan Kuala Kedah
 
 

BINTULU, 29 Jun – Kapal Peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 12 Bintulu semalam menyelamatkan empat nelayan tempatan yang hanyut selama tiga hari di Perairan Laut Bintulu setelah bot mereka mengalami kerosakan pada bahagian kemudi pada hari Khamis lalu.

Mereka ialah tekong bot, Bongs Bin Nain, 48, Muksin Bin Bimbi, 35, Julramu Bin Arabi, 34, Dan Abd Albar Bin Abd Kamal, 28 yang berpengkalan dari Sibu, Sarawak.

Ketua Penguat kuasa Maritim Daerah Bintulu, Komander Maritim Muhammad Suffi Bin Mohd Ramli berkata bot yang beroperasi menangkap ikan di kawasan lima batu nautika dari kawasan pantai itu hanyut kira-kira 45 batu nautika dari Pantai Tg. Kidurong.

"Kami menjumpai nalayan terbabit di kawasan enam batu nautika dari Pelantar Minyak Bayan dan kesemua mereka selamat dan sihat setelah hanyut selama 3 hari dalam cuaca yang kurang baik," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat daripada pihak MRSC ( Maritime Rescue Sub-Coordination ) di Kuching setelah pihak Petronas Carigali melaporkan terdapat sebuah bot nelayan mengalami kerosakan hanyut dan dengan segera mengarahkan Kapal KM Tabah yang membuat rondaan berhampiran  kawasan terbabit pergi memberi bantuan kepada bot nelayan tempatan bernombor pendaftaran SF3-735 itu.

"Kami terpaksa menunda bot mereka ke pangkalan Pelabuhan Bintulu untuk menggantikan peralatan pada bahagian kemudi yang patah dan telah hilang jatuh ke dasar laut, sebelum mereka dapat pulang ke pengkalan mereka," kata Muhammad Suffi.

Beliau juga meminta komuniti nelayan supaya memeriksa dan memastikan bot mereka berada dalam keadaan baik sebelum keluar ke laut serta mengingatkan komuniti nelayan untuk segera menghubungi talian MERS 999 atau
086-314024 Pusat Operasi Maritim
Daerah Maritim Bintulu untuk melaporkan sebarang kecemasan atau jenayah yang berlaku di Perairan Bintulu.

Tekong bot, Bongs Bin Nain memberitahu ini kali pertama beliau mengalami masalah kerosakan bot sejak menjadi nelayan selama 20 tahun.

"Kami hanya berserah kepada Allah kerana tiada apa yang boleh kami lakukan dan bersyukur apabila kami dijumpai oleh kapal Petronas Carigali dan diselamatkan APMM serta dapat pulang pada 1 Ramadhan menyambut puasa bersama keluarga,"katanya.

 nelayan nelayan1 

Sumber : Pegawai Perhubungan Awam Maritim Daerah Bintulu

 

LUMUT, 25 Jun – Ketabahan, Kegigihan dan Kecekalan hati serta Kekuatan Emosi dan Fizikal seramai lapan anggota APMM dan tujuh anggota TLDM dari 120 orang anggota APMM Dan TLDM telah terpilih dan berjaya menamatkan Kursus Asas Komando Siri PKL/57/14 Paskal bertempat di KD Panglima Hitam, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut, Perak.

Kursus dijalankan selama enam bulan bermula dari 21 Februari hingga 29 Jun 2014 yang mana melibatkan beberapa peringkat seperti Peringkat Kem, Hutan, Paya dan Laut serta Peringkat Pelarian dan Pelolosan. Kesemua peringkat-peringkat ini perlu diharungi oleh setiap peserta kursus bagi mendapatkan seorang anggota yang sesuai dan terlatih untuk diletakkan sebagai seorang anggota Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat dalam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Majlis tamat latihan ini mendapat tepukan gemuruh kerana salah seorang anggota APMM telah dinobatkan sebagai ‘Iron Man’ iaitu LK I Maritim Syed Omar Jemada bin Said Muhammad Halidi yang mana beliau telah mengharungi pelbagai rintangan dan halangan seperti Berlari 10 km, Berenang sejauh 7 km, Memanjat bukit, Menempuh halangan dan Menembak.

Seramai 4 jurulatih yang diketuai oleh BM Maritim Goang ak Gabang merupakan bekas jurulatih Paskal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah ditukarkan ke Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (PTK) Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) telah berkerja keras demi mencari calon yang benar-benar layak untuk pemakaian beret Unggu.

Katanya lagi, kami sanggup bersengkang mata dan berkorban masa serta tenaga untuk melatih bagi mendapatkan anggota-anggota baru layak ditempatkan di dalam pasukan ini.

Majlis diakhiri dengan pemakaian beret unggu PASKAL yang disempurnakan oleh Panglima Pasukan Khas Laut, Laksamana Pertama Shaifuddin Kamaruddin TLDM. Turut hadir sama Pegawai Memerintah KD Panglima Hitam, Komander Hj Ridzuan Talib TLDM, Pengarah C3I, Kapten Maritim Hamid Mohd Amin serta Pemangku Ketua Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat, Lt Kdr Maritim Muhaimin Mohd Salleh.

 edit paskal 1 edit paskal 3 

Sumber/Foto: Unit Perhubungan Awam Putrajaya