WARGA MARITIM2 BI  ORANG AWAM2 BI  MEDIA2 BI  DIREKTORI BI  eparticipation   logo carian tp
 

Latest News

SANDAKAN, 21 Julai – Sikap degil seorang tekong dan dua orang awak-awak warganegara Indonesia telah menyebabkan mereka ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Daerah Sandakan (APMM DM17) kerana berada di kawasan larangan semasa perintah berkurung dikuatkuasakan di perairan Pulau Libaran jam 4.25 pagi tadi.

Dalam satu kenyataan di sini, Ketua Penguat Kuasa Maritim Derah Maritim Sandakan, Kepten Maritim A. Razak bin Abd Rahman berkata, sebuah kapal peronda APMM DM17 telah mendapat arahan daripada anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) untuk memeriksa dan menahan bot nelayan tersebut kerana telah berada di dalam kawasan larangan setelah perintah berkurung dikeluarkan.

“Sepanjang 12 jam perintah berkurung, tiada aktiviti laut dibenarkan termasuk di kawasan pantai dan tindakan boleh diambil terhadap mereka yang gagal menurut perintah seperti tertulis dalam Seksyen 31 (2) Akta Polis 1967. Tekong dan awak-awak yang berumur dalam lingkungan 22 hingga 30 tahun itu boleh dikenakan denda sehingga RM500 atau enam bulan penjara sekiranya sabit kesalahan,” katanya.

A.Razak berkata bot nelayan laut dalam yang perlu melalui kawasan perintah berkurung pada waktu dikuatkuasakan perlu mendapatkan kebenaran daripada ketua polis daerah di kawasan masing-masing tetapi tidak dibenarkan menangkap ikan di kawasan berkenaan.

Bot nelayan tersebut diiring masuk ke Sandakan untuk siasatan lanjut.

 

IMG 3436

 

Disediakan oleh :

LK I (M) Mohd Dhiyaurrahman bin Shaari

Staf Perhubungan Awam Daerah Maritim Sandakan (DM17)