WARGA MARITIM2 BI  ORANG AWAM2 BI  MEDIA2 BI  DIREKTORI BI  eparticipation   logo carian tp
 

Latest News

TAWAU, 21 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) baru- baru ini telah menahan tiga buah bot nelayan di kawasan yang diwartakan Perintah Berkurung di perairan Timur Pulau Boheydulang, Semporna pada jam lebih kurang 1.00 pagi baru- baru ini.

Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim (KPMD) Tawau, Kepten Maritim Anor bin Hj Jaafar berkata, bot APMM yang ketika itu sedang menjalankan operasi di sekitar sektor rondaan telah menerima satu maklumat daripada ESSCOM berkenaan terdapat beberapa bot dikesan telah memasuki kawasan sempadan Perintah Berkurung yang telah ditetapkan. Bot peronda APMM telah diarahkan untuk meninjau ke lokasi untuk membuat pemeriksaan. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 3 buah bot nelayan berada di lokasi Perintah Berkurung.  

Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat seramai 22 orang awak- awak berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun termasuk tekong. Kesemua mereka majoritinya berbangsa Indonesia dan salah seorang daripada mereka merupakan warganegara Malaysia. Kesemua mereka yang ditahan dan dibawa masuk ke Semporna untuk siasatan lanjut kerana melanggar peraturan di bawah Perintah Berkurung di bawah Seksyen 3(1) Akta Polis 1967. Jika di dapati bersalah, mereka boleh dihukum denda RM500 atau penjara selama 6 bulan. 

Kepten Anor turut menegaskan agar semua komuniti maritim di perairan Timur Sabah khususnya nelayan tempatan agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan perlu mendapatkan permit kelulusan daripada pihak Polis dengan alasan yang munasabah seperti hal- hal kecemasan. Sekiranya mana- mana pihak selain pasukan keselamatan yang merasakan perlu memasuki atau melalui kawasan yang diisyitiharkan perlulah mendapatkan permit pengecualian Perintah Berkurung daripada Ketua Polis Daerah atau Ketua Polis Balai di kawasan di mana mereka berada.

APMM turut berharap orang ramai terus memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada pihak APMM sekiranya terdapat aktiviti- aktiviti yang berlaku menyalahi undang- undang maritim. Sebarang maklumat mengenai kegiatan penyeludupan boleh menghubungi talian MERS 999 atau Hotline APMM Tawau di talian 089-752115.

P1000315 - Copy IMG-20140722-WA0002
Sumber dan Foto: LK I (M) Simpson b Marius
Staf Unit Perhubungan Awam 
Daerah Maritim Tawau