19
Tue, Mar

 

TAWAU, 7 Ogos- Zon Maritim Tawau hari ini telah mengadakan Perhimpunan Bulanan dan Majlis Pemakaian Pangkat yang diadakan di ruang legar pejabat Zon Maritim Tawau.

Majlis pemakaian pangkat ini melibatkan tujuh Pegawai Lain-lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim yang disempurnakan oleh Yang Berusaha Kapten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam, Pengarah Zon Maritim Tawau.

Majlis turut diserikan lagi dengan upacara pemakaian lencana ketua bot bagi ketua-ketua bot yang baru menyandang jawatan melibatkan tiga Pegawai LLP. Seterusnya Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bulanan dan penyampaian cenderahati kepada anggota yang akan bertukar keluar.

Beliau turut mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada semua Pegawai LLP Penguatkuasa tersebut. Beliau turut memberi amanat agar setiap pegawai dan warga Zon Maritim Tawau sentiasa menjaga disiplin diri dan tidak terlibat dengan penagihan dadah serta memberi komitmen yang tinggi demi mengalas segala tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan pada setiap masa.

 WhatsApp Image 2020 08 07 at 3.29.02 PM 1    WhatsApp Image 2020 08 07 at 3.29.01 PM 1
     
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON