Sidebar

29
Sat, Feb
 

Inovasi ialah suatu pembaharuan atau perubahan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik dan menyampaikan nilai baharu kepada pelanggan. Dalam konteks sektor awam, sesuatu ciptaan yang memberi manfaat nyata dan nilai tambah kepada keadaan sedia ada boleh dikategorikan sebagai inovasi.

APMM telah melaksanakan pelbagai inisiatif kualiti dan inovasi bagi menambahbaik mutu perkhidmatan serta imej Agensi ini. Selaras dengan itu, dalam usaha memperkukuhkan budaya kualiti dan inovasi di APMM, program kualiti dan inovasi akan diteruskan dengan lebih menyeluruh di dalam Agensi ini.

Objektif program Kualiti dan Inovasi APMM adalah seperti berikut:

  1. Menerapkan usaha dalam mempertingkatkan imej Pejabat APMM melalui program Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dengan penyediaan ruang pejabat yang bertemakan korporat melalui daya kreatif warga APMM;
  2. Memupuk semangat kesepakatan dan berpasukan dalam kalangan warga APMM;
  3. Menggalakkan persaingan sihat di antara warga APMM ke arah penambahbaikan yang berterusan ke atas produk atau perkhidmatan melalui program Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK);
  4. Menyemarakkan budaya kualiti dan inovasi di kalangan warga APMM melalui pertandingan-pertandingan inovasi / Sambutan Hari Inovasi;
  5. Meningkatkan kesedaran pendekatan inovasi dalam organisasi melalui kempen / pameran / ceramah / pertandingan / lawatan;
  6. Mewujudkan organisasi pembelajaran (life long learning) sebagai platform dalam memupuk budaya perkongsian ilmu merentasi bahagian dan organisasi; dan
  7. Mengiktiraf individu atau kumpulan yang berjaya menghasilkan inovasi kepada organisasi.
 Gerbang 1   Gerbang 2
   

1. VISI

  Menjadikan APMM kompeten dan cemerlang melalui amalan persekitaran yang kondusif.

 

2. MISI

  Membudayakan sistem kerja berkualiti yang berteraskan Amalan EKSA

 

3. POLISI

 

EKSA menjadi pemangkin bagi membentuk warga APMM yang inovatif, dinamik serta persekitaran yang selesa dan selamat.

 

4. OBJEKTIF

 
  1. Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan berkualiti iaitu selamat, bersih, kemas dan selesa pada setiap masa.
  2. Membantu meningkatkan disiplin diri dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga APMM.
  3. Mewujudkan budaya kerja yang ceria, efektif dan inovatif.
  4. Meningkatkan kesedaran di kalangan warga kerja terhadap kepentingan penjimatan tenaga serta kitar semula (Go Green).

 

5. PENERANGAN LOGO EKSA

 

eksa

IDENTITI

Penerapan bentuk sauh serta logo kecil APMM di dalam gelung menyerlahkan identiti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang mempertahan serta mendaulatkan ruang perairan Negara.

KEBERANIAN
Imej Burung Helang serta perkataan EKSA yang berwarna merah menunjukkan keberanian serta kesiap siagaan Agensi ini untuk menuju ke arah penyampaian perkhidmatan yang cemerlang melalui pelaksanaan dan pembudayaan EKSA sebagai asas.

PENGUKUHAN KEPADA ASAS
Penerapan perkataan Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal sebagai tunjang dan asas kepada penerapan amalan EKSA agar ianya lebih berkualiti dan konsisten pada masa akan datang.

AMALAN TERBAIK
Perkataan “Go Green” diterapkan pada logo EKSA APMM bagi menunjukkan dasar amalan terbaik yang dilaksanakan di APMM bagi dari segi amalan penjimatan mahupun pemeliharaan alam sekitar sepertimana ianya merupakan salah satu objektif Agensi iaitu mempertahankan sumber Negara.

 

PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM (PKPA) BIL. 4 TAHUN 2018- myPortfolio: PANDUAN KERJA SEKTOR AWAM

PENGENALAN

1. Tujuan

Pekeliling ini bertujuan untuk menerangkan kepada agensi Kerajaan berkaitan tatacara penyediaan myPortfolio yang lebih tuntas dan kebolehgunaannya sebagai radas pengurusan sumber manusia ke arah melonjakkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam.

2. Latar Belakang

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), telah menerbitkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 8 Tahun 1991: Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja sebagai rujukan dalam penyediaan dokumen berkaitan prosedur, proses kerja dan tanggungjawab yang lebih teratur di peringkat jabatan dan individu. Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan supaya tidak berlaku kesilapan dalam pelaksanaan tugas dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan.

Berdasarkan perkembangan semasa, PKPA Bil. 8 Tahun 1991 Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja telah dikaji dan ditambah baik. Inisiatif ini mengambil kira cabaran dan perubahan semasa sama ada di peringkat global mahupun domestik seperti gelombang teknologi digital, ekspektasi rakyat, dominasi golongan millennial dan Revolusi Perindustrian Keempat. Sehubungan itu, PKPA Bil. 4 Tahun 2018 myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam dikeluarkan sebagai pendekatan baharu dalam pelaksanaan bidang tugas dan tanggungjawab secara yang lebih komprehensif dan teratur di agensi Kerajaan. Ketua Jabatan juga boleh meluas guna myPortfolio sebagai radas strategik dalam pengurusan sumber manusia.

3. Pelaksanaan

Bagi memantapkan pelaksanaan panduan kerja, maka PKPA ini dihasilkan dengan memberikan fokus kepada elemen utama berikut:

i.  Konsep myPortfolio; dan
ii. Pemantapan myPortfolio.


4. Konsep myPortfolio

myPortfolio adalah satu kaedah pengurusan ilmu yang memberikan penekanan kepada pengupayaan minda setiap penjawat awam dalam kerangka organisasi berpembelajaran (learning organisation). Selain sebagai dokumen rujukan rasmi yang menghuraikan maklumat pewujudan jawatan, proses kerja dan panduan menjalankan tugas bagi jawatan tersebut dalam sesebuah organisasi juga dinyatakan dalam myPortfolio.

Ciri-ciri myPortfolio adalah seperti yang berikut:

i.   myPortfolio merupakan dokumen rujukan pada peringkat jawatan dan jabatan;
ii.  Setiap jawatan dalam sesebuah agensi hendaklah mempunyai myPortfolio termasuk jawatan yang belum diisi;
iii. myPortfolio berasaskan bidang tugas dan tanggungjawab jawatan; dan
iv. myPortfolio mengandungi maklumat, panduan dan rujukan dalam mengendalikan tugas yang ditetapkan bagi sesuatu jawatan.

 

 

PELAKSANAAN “SYSTEM STAR RATING” (SSR) AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA

Latar Belakang

 

Penarafan Bintang atau “System Star Rating” (SSR) telah diperkenalkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada awal tahun 2007. Y.A.B. Perdana Menteri telah menyarankan supaya penarafan bintang merupakan salah satu mekanisme pengukuran prestasi budaya kecemerlangan Agensi-agensi Kerajaan dalam Perkhidmatan Awam.

Bagi tujuan ini, pihak MAMPU telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan penilaian Star Rating berdasarkan empat objektif utama iaitu:-

A) Menilai dan mengukur prestasi agensi-agensi Kerajaan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan Sektor Awam berada pada tahap yang cemerlang;
B) Memberi pengiktirafan secara formal kepada agensi-agensi yang telah menunjukkan tahap tadbir urus yang terbaik serta sentiasa meningkatkan kualiti                  perkhidmatan yang unggul;
C) Memberi publisiti yang meluas mengenai dasar, strategi dan amalan terbaik serta pengurusan kualiti yang telah membawa kejayaan kepada organisasi; dan
D) Menggalakkan persaingan yang sihat dikalangan agensi Sektor Awam dalam amalan pengurusan organisasi dan penyampaian

Terdapat 3 komponen utama yang dinilai iaitu:

1) Pengurusan

  1. Pengurusan Organisasi
  2. Pengurusan Kewangan
  3. Pengurusan Sumber Manusia
  4. Pengurusan Projek Pembangunan
  5. Pengurusan ICT

2) Perkhidmatan Teras

3) Pengurusan Pelanggan

 

 

 

 

More Articles ...

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON