Perutusan KP PDF Cetak E-mail

Selamat datang ke laman web rasmi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Laman web ini bertujuan untuk memperkenalkan APMM kepada masyarakat umum dan sebagai salah satu saluran penyebaran maklumat berkaitan agensi dan perkhidmatan kami di arena penguatkuasaan maritim Malaysia melalui teknologi maklumat dan komunikasi.

Adalah diharapkan melalui laman web ini, pengunjung akan dapat mengetahui fungsi dan peranan APMM di antaranya untuk mengawal, melindung dan menyelamat di Zon Maritim Malaysia. Pengunjung juga akan mendapat gambaran mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh anggota-anggota agensi ini.

Sebagai ketua sebuah agensi yang baru ditubuhkan, adalah menjadi harapan saya supaya orang ramai dapat memahami peranan kami dalam menjaga keselamatan perairan di Zon Maritim Malaysia. Laman web ini menyediakan maklumat mengenai pegawai-pegawai yang boleh dihubungi sekiranya orang ramai mempunyai maklumat yang dapat membantu kami dalam menjalankan tugas dengan lebih berkesan.

Pengunjung juga berpeluang untuk mengemukakan cadangan kepada agensi ini melalui ruangan cadangan yang disediakan. Saya mengalu-alukan sebarang cadangan yang boleh mempertingkat dan memantapkan lagi maklumat di dalam laman web ini.


Sekian, selamat melayari laman web rasmi APMM.


Laksamana Datuk Mohd Amdan bin Kurish
Ketua Pengarah
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

 

TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH APMM SEMPENA TAHUN BARU 2010 baru

 

 

Talian 24 Jam

Tel : +603 8943 4001
Fax : +603 8941 4527

Untuk sebarang laporan insiden jenayah atau kemalangan di Perairan Malaysia

Carian

mysmsbaru

webbutton_ptk

Senarai Hospital Yang Menggunakan "Online GL"

Himpunan Keratan Akhbar Berkenaan NKRA Garis Panduan Pelaksanaan Blog Bagi Agensi Perkhidmatan Awam

Majalah Satria Maritim Edisi Kedua 2009

ucapan_PM3

silverlight3

FlashPlayer

 

 

 

Jumlah pengunjung bermula dari :
09 Februari 2006

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini564
mod_vvisit_counterJumlah Keseluruhan2930510

Staf Perhubungan Awam APMM Sahaja



msc
Penafian|Dasar Privasi|Dasar Keselamatan|Peta Laman

AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA, JABATAN PERDANA MENTERI, TINGKAT 4-11, ONE IOI SQUARE,IOI RESORT, 62502 PUTRAJAYA.
No Tel : 603-89957000 | No Fax : 603-89414000

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer versi 7.0 dengan resolusi 1024 x 768.
Hakcipta Terpelihara 2009 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia | Laman Web ini diselenggara oleh : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia*