Langkah-langkah Keselamatan PDF Cetak E-mail
Rabu, 15 Oktober 2008 14:49

PENGGUNA PERKHIDMATAN FERI KE PULAU

Sebagai langkah keselamatan, sila perhatikan perkara-perkara berikut:

1.

Hanya menggunakan feri yang berlesen dan berdaftar dengan Jabatan Laut;

2.

Semasa di feri patuhi peraturan terutama dari segi meletakkan barang-barang di tempat yang disediakan dan jangan menghalang pintu masuk/keluar feri;

3.

Kenalpasti lokasi simpanan jaket keselamatan dan pelajari cara penggunaannya;

4.

Kenalpasti lokasi pintu masuk/keluar feri;

5.

Dalam keadaan kecemasan jangan panik dan ikut arahan dari pegawai feri yang bertanggungjawab.



NELAYAN BOT KECIL/PEMANCING DI LAUT

Sebagai langkah keselamatan sila perhatikan perkara-perkara berikut:

1.

Sila maklum kepada sesiapa yang berkenaan lokasi yang ditujui dan jangka masa tiba balik;

2.

Sila pasti peralatan keselamatan seperti jaket keselamatan, lifebuoy, peti kecemasan, alat pemadam api dan lampu suluh dibawa bersama di atas di bot;

3.

Untuk komunikasi sila pasti telefon bimbit di caj dan ada liputan di lokasi yang ditujui;

4.

Sila sediakan makanan dan minuman yang mencukupi dan bekalan untuk kecemasan;

5.

Sila semak ramalan kaji cuaca dan balik ke darat sekiranya cuaca bertambah buruk dan ambil tahu keupayaan bot.



BERKELAH / MANDI DI PANTAI

Sebagai langkah keselamatan sila perhatikan perkara-perkara berikut:

1.

Corak pantai di sebelah timur Semenanjung Malaysia adalah berbeza dari corak pantai barat yang slope nya amat gradual dan kurang bahaya;

2.

Pada musim tengkujuh ombak amat bahaya dan tidak digalakkan mandi di laut terutamanya di bahagian Pantai Timur;

3.

Patuhi amaran yang di keluarkan oleh pihak Berkuasa Tempatan di tempat rekreasi yang popular dalam bentuk bendera merah yang dikibar semasa laut bahaya;

4.

Selalu mengawasi kanak-kanak yang mandi di pantai.

 

LAST_UPDATED2
 

Talian 24 Jam

Tel : +603 8943 4001
Fax : +603 8941 4527

Untuk sebarang laporan insiden jenayah atau kemalangan di Perairan Malaysia

Carian

mysmsbaru

webbutton_ptk

Senarai Hospital Yang Menggunakan "Online GL"

Himpunan Keratan Akhbar Berkenaan NKRA Garis Panduan Pelaksanaan Blog Bagi Agensi Perkhidmatan Awam

Majalah Satria Maritim Edisi Kedua 2009

ucapan_PM3

silverlight3

FlashPlayer

 

 

 

Jumlah pengunjung bermula dari :
09 Februari 2006

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini566
mod_vvisit_counterJumlah Keseluruhan2930513

Staf Perhubungan Awam APMM Sahaja



msc
Penafian|Dasar Privasi|Dasar Keselamatan|Peta Laman

AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA, JABATAN PERDANA MENTERI, TINGKAT 4-11, ONE IOI SQUARE,IOI RESORT, 62502 PUTRAJAYA.
No Tel : 603-89957000 | No Fax : 603-89414000

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer versi 7.0 dengan resolusi 1024 x 768.
Hakcipta Terpelihara 2009 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia | Laman Web ini diselenggara oleh : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia*