|
Jumaat, 18 Disember 2009 05:31 |
|
Batu Pahat 11 Dis - Seramai 24 peserta telah mengikuti kursus Pengeledahan di Pangkalan Maritim Batu Pahat, Wilayah Selatan bermula dari 7 hingga 11 Dis 2009.
Objektif kursus ini untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan berkenaan persediaan dan prosedur serta proses menggeledah dalam penguatkuasaan & siasatan disamping itu ianya juga dapat menambahkan pengetahuan para peserta tentang trend penyeludupan dan jenayah maritime masa terkini. Kursus ini juga bertujuan bagi memastikan setiap peserta dapat meningkat kebolehan teknik take-down dan penahanan semasa dalam situasi kritikal dan mencabar.
Semua peserta telah menunjukkan tahap disiplin yang tinggi serta sikap positif semasa kursus dijalankan bagi merealisasikan matlamat sebenar APMM untuk melahirkan anggota Penguatkuasaan yang berwibawa dan professional.
Sumber : Staf Perhubungan Awam Wilsel LK (M) Syamsul bin Alias LK I (M) Mohd Sahrunizam bin Mohd Husin
|
|
LAST_UPDATED2 |