Kursus Menggeledah Oleh MTT APMM Di Sandakan PDF Cetak E-mail
Khamis, 17 Disember 2009 22:47

Sandakan, 17 Dis 09- Daerah Maritim Sandakan DM17 telah menjadi tuan rumah bagi mengendalikan kursus menggeledah yang diadakan selama 4 hari bermula 14 hingga 17 Dis 09.

Kursus yang dikordinasikan oleh Unit Latihan Operasi APMM Putrajaya yang diketuai oleh Jurulatih Lt. Kdr (M) Salehuddin bin Zakaria turut dibantu oleh Lt Muda (M) Nazirudin bin Noor Azizuddin, PW II (M) Mohd Shukri bin Ishak, BK (M) Noor Hasni @ Idris bin Ismail dan BM (M) Ibrahim bin Abu Bakar .

Seramai 26 anggota yang berkhidmat di bot sahaja  dipilih untuk menjalani kursus tersebut terdiri daripada Daerah Maritim Sabah dan Labuan iaitu DM14(Labuan), DM17(Sandakan), DM15(KK) dan DM18(Tawau).

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan berkenaan persediaan dan prosuder serta proses menggeledah dalam penguatkuasaan dan siasatan, menambahkan pengetahuan berkenaan trend penyeludupan dan jenayah maritim dan meningkatkan kebolehan peserta melaksanakan teknik take-downs dan penahanan dalam situasi yang kritikal dan mencabar.

Manakala latihan praktikal pula, anggota didedahkan di kapal KM Rumbia dan KM Satang bagi mengetahui situasi sebenar sebelum anggota bot melakukan penggeledahan dengan tatacara teknik yang betul sebelum dan selepas menaiki kapal. Dengan adanya kursus sebegini, semua Pegawai dan Anggota Penguatkuasa Maritim akan menjadi lebih bertanggungjawab dan bersikap profesional dalam menangani ancaman musuh.

Sepanjang kursus ini berlangsung, mereka telah menunjukkan tahap disiplin yang tinggi dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada jurulatih. Sikap seperti inilah yang harus dicontohi dan ditonjolkan dalam membentuk warga APMM yang beretika dan berkaliber.

Kursus menggeledah MTT APMM diakhiri dengan penyampaian sijil oleh Pengarah Pentadbiran dan Kewangan Daerah Maritim Sandakan(PPKD), Encik Alan Christopher Simmons.

PPKD berkata semasa ucapan beliau, anggota yang telah berjaya dalam kursus hendaklah diperaktikkan selalu dan memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan lain. Dengan cara sebegini ilmu yang diajar tidaklah sia-sia. Beliau juga mengucapkan syabas kepada semua jurulatih dan pelatih kerana sanggup datang dari jauh meninggalkan anak dan isteri demi menjayakan kursus ini.

IMG_0628 IMG_0631
IMG_0652 IMG_0655
IMG_0661 IMG_0663
IMG_0668 IMG_0673
IMG_0676 IMG_0682
IMG_0685 IMG_0687

Staff Perhubungan WILSAB Sandakan

Sumber Maklumat: BM (M) Zam Suri / LKII (M) Hasnizal

LAST_UPDATED2
 

mysmsbaru

webbutton_ptk

Senarai Hospital Yang Menggunakan "Online GL"

Himpunan Keratan Akhbar Berkenaan NKRA Garis Panduan Pelaksanaan Blog Bagi Agensi Perkhidmatan Awam

Majalah Satria Maritim Edisi Kedua 2009

ucapan_PM3

silverlight3

FlashPlayer

 

 

 

Staf Perhubungan Awam APMM Sahaja



msc
Penafian|Dasar Privasi|Dasar Keselamatan|Peta Laman

AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA, JABATAN PERDANA MENTERI, TINGKAT 4-11, ONE IOI SQUARE,IOI RESORT, 62502 PUTRAJAYA.
No Tel : 603-89957000 | No Fax : 603-89414000

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer versi 7.0 dengan resolusi 1024 x 768.
Hakcipta Terpelihara 2009 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia | Laman Web ini diselenggara oleh : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia*