|
Selasa, 24 November 2009 19:49 |
|
LABUAN – Pada 9-19 Nov 2009 yang lepas, satu Kursus Advance Small Boat Operation telah diadakan bertempat di Hotel Tiara Labuan. Kursus yang julung kalinya diadakan oleh USCG dengan bantuan U.S Embassy Kuala Lumpur telah dilaksanakan dengan jayanya.
Dalam kursus ini, seramai 14 orang peserta terlibat yang mana terdiri daripada pelbagai Wilayah dan Daerah. Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada Juragan bot dan anggota bot itu sendiri. Sepanjang berkampung selama 2 minggu, sedikit sebanyak dapat memberikan pendedahan kepada peserta kursus tentang tatacara perlaksanaan penggunaan bot dalam menjalankan operasi mahupun operasi mencari dan menyelamat serta pendedahan asas keatas tatacara penjagaan bot yang betul. Selain daripada itu peserta juga diberi pendedahan di dalam asas – asas navigasi dan alat bantuan navigasi yang mana terdapat di setiap bot yang digunakan.
Sepanjang kursus ini berjalan, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Laksamana Madya Maritim Dato’ Noor Aziz Bin Yunan turut sempat membuat kunjungan bagi menyaksikan sendiri bagaimana Kursus ini dilaksanakan. Di kesempatan itu juga beliau meyampaikan amanat dan harapan beliau kepada peserta kursus.
Majlis penutupan rasminya telah dilakukan oleh Pengarah Operasi Daerah Labuan, Kdr Maritim Abdul Harith Mustaffa b Ahmad Khairati pada 19 Nov 2009.



Sumber : LK II Maritim Sharifah Noorazura Bt Wan Omar Staf Perhubungan Awam WILSAB - Labuan
|
|
LAST_UPDATED2 |