Latihan Tempur Jarak Dekat Dan Pengeledahan Khas PTK Dan Penyelamat Maritim Malaysia PDF Cetak E-mail
Selasa, 17 November 2009 00:05

LUMUT,14 Nov - Seramai 25 anggota Pasukan Tindakan Khas yang baru tamat latihan Kursus Asas Komando telah menjalani latihan lanjutan Tempur Jarak Dekat dan Pengeledahan Khas Kapal Dan Menyelamat Maritim Malaysia pada 1 hingga 14 November 2009 di KD Panglima Hitam, Pangkalan TLDM, Lumut Perak.

 

Latihan ini diadakan untuk memastikan anggota berkenaan mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan agar mereka sentiasa siapsedia dan mampu melaksanakan tugas apabila diarahkan.

Objektif latihan adalah untuk mendedahkan anggota di dalam ilmu pengetahuan, teknik dan tektik pertempuran jarak dekat serta pengeledahan khas. Anggota juga didedahkan dengan kemahiran pengendalian senjata kecil. Selain daripada itu tahap keyakinan dan kepimpinan anggota didedahkan keadaan  dan situasi yang mencabar di mana anggota perlu membuat tindakan dan keputusan dalam masa yang singkat.

Latihan ini juga melibatkan aset-aset kapal dan bot Maritim iaitu kapal K.M. Gagah dan dua buah bot kelas Kilat dari Daerah Maritim Lumut (DM3). Latihan ini di kendalikan oleh anggota Pasukan Tindakan Khas dan dibantu 11 anggota Pasukan Khas Laut (KD Panglima Hitam).

 

latihan_utk_lumut_4 latihan_utk_lumut_1
latihan_utk_lumut_5 latihan_utk_lumut_6

latihan_utk_lumut_2

latihan_utk_lumut_3

 

Sumber : Unit Perhubungan Awam Putrajaya

LAST_UPDATED2
 

mysmsbaru

webbutton_ptk

Senarai Hospital Yang Menggunakan "Online GL"

Himpunan Keratan Akhbar Berkenaan NKRA Garis Panduan Pelaksanaan Blog Bagi Agensi Perkhidmatan Awam

Majalah Satria Maritim Edisi Kedua 2009

ucapan_PM3

silverlight3

FlashPlayer

 

 

 

Staf Perhubungan Awam APMM Sahaja



msc
Penafian|Dasar Privasi|Dasar Keselamatan|Peta Laman

AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA, JABATAN PERDANA MENTERI, TINGKAT 4-11, ONE IOI SQUARE,IOI RESORT, 62502 PUTRAJAYA.
No Tel : 603-89957000 | No Fax : 603-89414000

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer versi 7.0 dengan resolusi 1024 x 768.
Hakcipta Terpelihara 2009 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia | Laman Web ini diselenggara oleh : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia*