Kursus Joint Advance Boarding PDF Cetak E-mail
Selasa, 10 November 2009 19:20

Labuan, 10 Nov 09 – Pada 26 Okt hingga 6 Nov 09 yang lepas, Kursus Joint Advance Boarding telah diadakan bertempat di Hotel Tiara Labuan. Kursus Lanjutan yang julung kalinya diadakan antara jurulatih MTT USCG dan jurulatih MTT APMM yang melibatkan seramai 13 orang, 3 orang daripada jurulatih MTT USCG dan selebihnya jurulatih MTT APMM.

 

Seramai 23 orang peserta kursus yang terdiri daripada setiap Wilayah dan Daerah. Sepanjang tempoh kursus selama 2 minggu sedikit sebanyak dapat memberikan pendedahan kepada peserta kursus tentang Tatacara Penguatkuasaan Undang – Undang Maritim yang lebih efisyen dalam menghadapi tugas serta tanggungjawab seharian. Ia juga dapat membentuk jati diri, ketahanan fizikal dan mental.

 

MTT APMM juga telah mengadakan latihan kecergasan sebagai persediaan untuk mewujudkan  kelayakan minimum bagi seseorang anggota APMM menjadi anggota  “Boarding Team Member” atau “Boarding Officer”. Kursus ini juga memberi kesedaran tentang betapa bahayanya tugas sebagai seorang Penguatkuasa Maritim kerana ia memerlukan persediaan dan persiapan yang lengkap dari segala aspek sebelum, semasa dan selepas sesuatu penggeledahan dijalankan.

 

ursus ini telah berjalan dengan jayanya oleh MTT APMM serta bantuan daripada MTT USCG dan sekaligus dapat menjadi petanda aras untuk kursus – kursus yang akan mendatang. Majlis penutupan rasminya telah dilakukan oleh Pengarah Operasi Wilayah Sabah dan Labuan iaitu Kepten Maritim Mohd Amir bin Hj Hamzah.

 

latihan uscg-labuan latihan uscg-labuan-1
latihan uscg-labuan-2 latihan uscg-labuan-3
latihan uscg-labuan-4 latiha uscg-labuan 5

 

Sumber : LK II Maritim Sharifah Norazura Bt Wan Omar
Staf Perhubungan Awam WILSAB - Labuan

LAST_UPDATED2
 

mysmsbaru

webbutton_ptk

Senarai Hospital Yang Menggunakan "Online GL"

Himpunan Keratan Akhbar Berkenaan NKRA Garis Panduan Pelaksanaan Blog Bagi Agensi Perkhidmatan Awam

Majalah Satria Maritim Edisi Kedua 2009

ucapan_PM3

silverlight3

FlashPlayer

 

 

 

Staf Perhubungan Awam APMM Sahaja



msc
Penafian|Dasar Privasi|Dasar Keselamatan|Peta Laman

AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA, JABATAN PERDANA MENTERI, TINGKAT 4-11, ONE IOI SQUARE,IOI RESORT, 62502 PUTRAJAYA.
No Tel : 603-89957000 | No Fax : 603-89414000

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer versi 7.0 dengan resolusi 1024 x 768.
Hakcipta Terpelihara 2009 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia | Laman Web ini diselenggara oleh : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia*