|
Rabu, 04 November 2009 16:34 |
|
Kuching, 4 Nov – BHIC Bofors Asia Sdn Bhd dengan kerjasama MSM-ISS Sarawak telah menganjurkan kursus Pengendalian dan Senggaraan Meriam Bofors 40L/70MM bertempat di Ibu Pejabat APMM Wilayah Sarawak mulai 26 hingga 30 Okt 2009.
Kursus tersebut dikendalikan oleh dua orang jurulatih khas dari BHIC Bofors yang mana kursus dibahagikan kepada dua sesi iaitu 3 hari teori dan 2 hari praktikal. Menurut jurulatih meriam bofors En. Kamarudin, kursus ini bertujuan untuk mendedahkan para peserta mengenai teknik pengendalian meriam dan senggaraan yang betul dan sistematik.
Seramai 30 peserta terdiri dari Pegawai dan anggota ibu pejabat KM Cekal, KM Setia dan KM Bijak. Latihan penembakan meriam (GFT) juga berjaya dilaksanakan di perairan Tg. Po pada 31 Okt baru-baru ini. KPMW Sarawak Laksma Maritim Muhammad Abdul Basar Taji juga turut sama hadir menyaksikan latihan penembakan tersebut.
Sumber : BM Maritim Zaharudin Staf Perhubungan Awam APMM Wilayah Sarawak
|
|
LAST_UPDATED2 |