|
Khamis, 20 Ogos 2009 17:02 |
|
MELAKA - Agensi Penguatkuasaan Maritime Malaysia dengan kerjasama Defence Institute of International Legal Studies (DIILS) melalui Office of Defense Cooperation (ODC), Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur telah menganjurkan seminar antarabangsa bertajuk "Legal Aspects of Border Security in a Maritime Environment" di Hotel Renaissance, Melaka dari 16 hingga 20 Ogos 2009.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Amdan bin Kurish. Objektif seminar adalah untuk menerapkan kefahaman penguatkuasaan undang-undang maritim berasaskan kepada penyelarasan operasi dan perkongsian maklumat dengan pelbagai agensi yang berkaitan di rantau ini. Selain dapat merapatkan lagi perhubungan dan meningkatkan kerjasama sesama agensi berkaitan maritim dalam dan luar negara, ianya juga dapat mengenalpasti idea-idea baru yang bersesuaian dalam meningkatkan keupayaan penguatkuasaan undang-undang maritim dalam menangani jenayah rentas sempadan dan acaman-ancaman yang berkaitan termasuk cabaran-cabaran berkaitan aktiviti keganasan. Negara yang terlibat di dalam seminar ini adalah Amerika Syarikat, Filipina, Indonesia dan Malaysia.
Sumber : Unit Perhubungan Awam APMM
|
|
LAST_UPDATED2 |