Peranan Polis Marin Masih Relevan PDF Cetak E-mail
Selasa, 19 Januari 2010 19:40

SEBAGAI ketua penguatkuasa utama ne­gara, kami warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) khasnya anggota marin berasa kecewa dengan kenyataan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia seperti dilaporkan akhbar baru-baru bahawa APMM akan berkuasa penuh dari Polis Marin di laut dan pantai pada 2011.  Kenyataan ini seolah-olah menafikan peranan, fungsi dan sejarah Pasukan Polis Marin yang kini dikenali Pa­sukan Gerakan Marin (PGM) yang tertakluk di bawah Ak­ta Polis 1967. Kami sedar peranan baru APMM laksanakan tetapi janganlah menidakkan peranan dan fungsi PGM yang sudah lama menabur bakti kepada masyarakat di pesisir pantai sejak ditubuhkan pada 1 Septem­ber 1947 di Pulau Pinang. Perlu diingatkan kuasa polis bukan hanya terbatas di sesuatu tempat malah meliputi seluruh pelosok negara seperti termaktub di dalam perlembagaan negara tanpa had termasuklah di perairan. Di awal penubuhan, ia berperanan dalam pencegahan jenayah dan penyeludupan di perairan Selat Melaka, Laut Cina Selatan termasuk Sabah dan Sarawak.

 

Ketika  ini banyak  aktiviti  lautan yang  berkembang  pesat  seperti  cari gali minyak, penangkapan ikan, pelancongan di pulau-pulau kecil, aktiviti bot penumpang dan sebagainya. Semuanya memerlukan pengawasan dan bantuan kepolisan dari segi pelesenan dan penguatkuasaan.

 

Pada 1997 sekali lagi panji Pasukan Polis Laut ditukar kepada Pasukan Polis Marin. Malah hari ini namanya se­kali lagi ditukar kepada Pa­sukan Gerakan Marin bagi memperkasakan lagi pasukan itu supaya lebih sensitif, progresif dan inovatif untuk berbakti kepada masyarakat di samping penubuhan Unit  Gempur Marin (Ungerin) untuk menangani masalah lanun dan pendatang tanpa izin di perairan negara.

 

Peranan 'Beret Biru Muda' bukan hanya melakukan rondaan pencegahan bagi menguatkuasakan akta berkaitan dengan asetnya malah juga mengambil alih balai dan pondok polls di pulau, tasik, pesisiran pantai dan sungai selepas APMM mengambil alih fungsi di lautah  manakala PGM di pesisir pantai.

 

Sebanyak 41 pangkalan di seluruh negara ditambah fungsi, peranan dan tugas untuk menjadi balai polis pantai dan pondok polis pan­tai berserta pegawai penyiasat marin. Khidmat dan fung­si PGM masih relevan dalam mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam serta keutuhan kedaulatan undang-undang persekutuan perlu digerakkan pada masa kecemasan seperti terkandung di bawah Seksyen 20 Akta" Polis 1967. Keputusan kerajaan sebelum ini melakukan perubahan nama itu amat bertepatan untuk memperluaskan lagi peranan pasukan tersebut. Tetapi kini APMM terus cuba berusaha untuk menghapuskan peranan dan fung­si PGM yang mengawal pe­sisir pantai pula. Tugas PGM juga memberi bantuan aset kepada unit dan cawangan dalam PDRM di pulau dan pesisir pantai se­perti latihan VAT69, SAR dan sebagainya bagi meningkatkan kecekapan. Jika pengambilalihan aset-aset berlaku tidak mustahil pada masa depan pegawai atasan kami terpaksa menyewa bot atau menaiki feri untuk melaku­kan lawatan kerja atau tugasan kepolisan lain di pulau dan sungai. Panji Diraja Pasukan Ge­rakan Marin (Pasukan Polis Marin) harus dipertahankan kerana ia anugerah dan kurniaan tertinggi Yang diPertuan Agong kepada pasukan itu tanpa diganggu gugat pihak lain.

 

CUMA WARGA PESISIR PANTAI,

Wilayah1, 2, 3, 4 & 5.

9 Disember, 2009

Maklumbalas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Merujuk kepada surat bertajuk 'Peranan Polis Marin masih relevan' yang disiarkan dalam Ruangan Surat & Email, Berita Harian pada 9 Disember 2009, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ingin menjelaskan isu yang ditimbulkan oleh penulis yang bernama Cuma Warga Pesisir Pantai.

Penubuhan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia adalah berdasarkan keputusan Kabinet pada 21 Ogos 2002 untuk mewujudkan agensi Coast Guard di Malaysia. Tujuannya adalah untuk mengatasi pertindihan fungsi, bidang kuasa, kawasan operasi dan pembaziran kegunaan sumber di antara 8 buah agensi maritim yang melaksanakan penguatkuasaan di perairan Negara. Sejajar itu, mulai tahun 2003 APMM telah dibekalkan dengan aset dan tenaga manusia dari agensi-agensi seperti ATM, PGM, Jabatan Perikanan, Jabatan Laut dan Kastam Diraja secara berperingkat bagi melaksanakan tugas sebagai penguatkuasa maritim dalam kawasan perairan Negara yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya. Penyerapan aset dan anggota dari agensi-agensi tersebut adalah untuk mempercepatkan proses matlamat penubuhan APMM serta untuk mengelakkan pertambahan perbelanjaan terhadap perolehan sumber manusia dan aset maritim.

Sebagai sebuah agensi kerajaan, APMM akur akan segala keputusan dan apa jua amanah Kerajaan kepadanya. Sesuai dengan keputusan itu, APMM fokus dan komited terhadap usaha-usaha untuk mempertingkatkan keupayaannya dalam pelbagai sudut bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan efektif yang berkemungkinan setaraf dengan agensi-agensi Coast Guard luar Negara seperti Japan Coast Guard, US Coast Guard dan Sweedish Coast Guard.

Dalam konteks ini, APMM tidak pernah menafikan keupayaan mana-mana agensi penguatkuasaan maritim sedia ada malah kerjasama dengan agensi dan kementerian lain telah dipereratkan demi menjaga kepentingan rakyat dan kedaulatan perairan Negara.

 

Faridah binti  Shuib,

Pegawai Perhubungan Awam,

APMM

10 Disember 2009

LAST_UPDATED2
 

mysmsbaru

webbutton_ptk

Senarai Hospital Yang Menggunakan "Online GL"

Himpunan Keratan Akhbar Berkenaan NKRA Garis Panduan Pelaksanaan Blog Bagi Agensi Perkhidmatan Awam

Majalah Satria Maritim Edisi Kedua 2009

ucapan_PM3

silverlight3

FlashPlayer

 

 

 

Staf Perhubungan Awam APMM Sahaja



msc
Penafian|Dasar Privasi|Dasar Keselamatan|Peta Laman

AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA, JABATAN PERDANA MENTERI, TINGKAT 4-11, ONE IOI SQUARE,IOI RESORT, 62502 PUTRAJAYA.
No Tel : 603-89957000 | No Fax : 603-89414000

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer versi 7.0 dengan resolusi 1024 x 768.
Hakcipta Terpelihara 2009 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia | Laman Web ini diselenggara oleh : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia*